Remaja 17 tahun cipta kasut pintar, mudahkan OKU penglihatan berjalan

Iklan
2

KEBIJAKSANAAN seorang remaja Pakistan ini memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

Hasil reka cipta yang dinamakan 'kasut pintar'  berupaya untuk membantu orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan berjalan.

Iklan
Iklan

Kasut rekaannya itu difahamkan dapat mengesan halangan di hadapan menerusi getaran atau bunyi dalam radius 120 sentimeter (cm).

Menurut Arab News, Wasiullah, 17, berasal dari Lembah Swat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa pada mulanya menceburi dunia inovasi semasa memperbaiki mainan dengan bateri yang rosak.

Iklan

"Orang cacat penglihatan tidak lagi memerlukan tongkat untuk berjalan dengan kasut pintar yang dipasang dengan alat sensor ultrasonik," katanya.

Iklan

Guru fizik Wasiullah, Muhammad Farooq, berkata remaja itu adalah pelajarnya yang paling cemerlang.

Bahkan, sebelum ini Wasiullah dikatakan pernah merancang untuk menghasilkan kerusi roda baru dengan alat pandu arah, tetapi tidak dapat merealisasikannya kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun masalah kewangan tidak menghalang Wasiullah menghasilkan kasut pintar itu.

"Saya yakin dia berpotensi untuk muncul sebagai saintis terkemuka jika dia mendapat bimbingan dan peluang.

"Kerajaan harus mendapatkan projek ini dan berusaha untuk komersialkannya kerana kasut yang dibuat oleh Wasiullah lebih murah," kata Farooq.

Menerusi satu peluang, katanya, ia dapat membantu Wasiullah memperoleh pendidikan tinggi dalam bidang sains dan memperkenalkan ciptaannya di pasaran.

Bagaimanapun, ciptaan hebat itu mendapat perhatian dari kerajaan tempatan.

Ketua Pengarah Sains Wilayah, Sajid Shah, berkata kasut itu akan segera dinilai oleh pakar.

"Selepas dinilai oleh saintis kami, jabatan akan mempromosikan projek kasut pintar yang diciptakan oleh Wasiullah untuk tujuan komersial," katanya.

September lalu seorang guru Malaysia, Wan Muadzam Wan Abidin, 40,mencipta alat bantu mengajar yang membolehkan anak didiknya untuk berlari dengan sempurna ketika menyertai sukan olahraga, terutamanya dalam acara larian.

Menurut Wan Muadzam, alat bantu ciptaannya yang dinamakan 'Caballus Rafvi (Running aids for Visual Impairment)', yang berfungsi sebagai alat sokongan bagi membantu mereka daripada segi navigasi, mobiliti dan stabiliti, ketika sedang berlari.

Baca juga: Harga Makanan ‘Cekik Darah,' Restoran Salt Bae Jual Coke RM51 Setin

Baca juga:  "Sekilas Pandang Serius Tak Nampak…” Renjer Hutan Kongsi Sebab Perlu Guna Trek Tersedia, Jika Tidak Bahaya Menanti

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: The Current Pakistan