Disangka buah epal, dua beradik maut selepas makan buah beracun berwarna merah di kebun nenek sendiri

Iklan
ONLINE

BERAT mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itulah peribahasa yang sangat sesuai menggambarkan situasi yang diharungi oleh seorang ibu yang berasal dari Kampung Montecitos, Colombia selepas dua orang anaknya meninggal dunia dua hari lalu.

Iklan
Iklan

Menurut mirror.uk, kedua-dua anak kecil yang dikenali sebagai Jhofran Chaya, 5, dan adik perempuannya, Amira Chaya, 3, maut selepas makan buah beracun di kebun nenek mereka.

Dipercayai, kedua-dua daripada meraka berada dalam keadaan baik sebelum muntah dan diserang sawan satu jam kemudian.

Iklan

Menurut laporan media tempatan di negara itu, mereka dikatakan telah makan buah yang berwarna merah dari sebatang pokok yang dikenali sebagai bola de toro (thevetia ahouai).

Pohon itu juga dianggap tanaman hiasan biasa di kawasan terbabit.

Iklan

Ekoran kejadian berkenaan, kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia selepas dua hari dirawat di pusat perubatan itu.

Terdahulu, bapa kepada kanak-kanak malang tersebut memberitahu, mereka menyangka buah yang berwarna merah itu adalah epal.

Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali

Susulan kejadian itu, pesuruhjaya polis kampung itu, Jesus Emilio Sanchez, mengarahkan semua penduduk kampung itu menghapuskan pokok renek malar hijau yang beracun itu di halaman rumah masing-masing.

Terbaharu, ibu bapa mereka yang masih berkabung dikatakan menerima kaunseling di bandar Ocana iaitu lokasi anak-anak itu dikebumikan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Foto Newsflash