Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat

Iklan
Untitled design (29)

BERBUAT kebaikan adalah sifat dan perilaku yang terpuji. Malah ada peribahasa mengatakan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Justeru, jangan memandang kebaikan sebelah mata, walau sekecil apa pun ia pasti akan dibalas dengan kebaikan.

Iklan
Iklan

Seorang pekerja pembersihan bernama Halilah, 29 bekerja di di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta baru-baru ini menjadi viral kerana kejujurannya.

Dia tular susulan insiden terjumpa sebuah dompet yang berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta) ketika menjalankan tugas pembersihan

Iklan

Lapor Jakarta Daily , ibu kepada dua cahaya mata berkenaan menemui dompet berwarna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E.

Iklan

Ketika melihat angka tertera, dia mengaku terkejut namun tidak terlintas untuk dia mengambilnya.

"Cek itu , tertulis Rp 35.5 bilion (bersamaan RM10.4 juta). Saya terkejut kerana nilainya sangat besar hingga perlu melihatnya berkali-kali," katanya.

Petugas pembersihan itu kemudian melaporkan penemuan tersebut kepada pegawai Keselamatan Penerbangan yang bertugas di Terminal 2.

"Tidak terfikir nak mengambilnya. Kita tanamkan rasa jujur, sekecil mana pun barang yang kita jumpa mesti dilaporkan.

"Sebelum ini saya sering jumpa pelbagai barang, tapi yang ini viral,” kata Halimah.

Selain cek bernilai Rp 35.5 bilion, di dalam beg berkenaan terdapat empat buah buku bank dan sebuah pasport.

Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani selaku ketua memberi ganjaran berupa kenaikan pangkat satu peringkat kepada Halimah sebagai penyelia atas kejujuran beliau dalam menjalankan tugas.

Dia menghargai kejujuran Halimah ketika bekerja di lapangan terbang itu dengan segera melaporkan penemuan dompet penumpang yang tertinggal.

"Saya terharu ketika pertama kali menerima berita ini. Kita bagi  kenaikan luar biasa untuk Halimah, satu level atas dia iaitu menjadi penyelia,” katanya pada Sabtu.

Baca juga: "Kahwin Orang Internet Tapi…” Jutawan Irfan Khairi Dedah Isteri, Anak Tak Ada Akaun Media Sosial

Baca juga: Nelayan bakal bergelar jutawan segera, jumpa ‘emas terapung’ RM5 juta

Baca juga: Impi mahu 105 orang anak, pasangan jutawan Rusia ini sanggup berbelanja lebih RM4.6 juta

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Jakarta Daily