KEMATIAN husnul khatimah bermaksud kematian yang penyudahnya baik atau kesudahan yang terbaik dalam hidup kita.
Ramai yang mengimpikan pengakhiran hidup husnul khatimah.
Kematian seorang jemaah masjid menjadi tular di Indonesia selepas lelaki berkenaan dilaporkan telah bertanya kepada penceramah mengenai Rasulullah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kejadian yang berlaku di Masjid Annur Cilendek, Bogor, Jawa Barat, Sabtu lalu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang kemudian menjadi tular.
"Dia sempat tanya bagaimana muslim yang meninggal dunia akan boleh berjumpa Rasulullah,”tulis pengguna Facebook, Robby Darwis.
Selepas menerima penjelasan daripada penceramah, lelaki warga emas yang bernama Hamdan itu kelihatan lemas dan tidak sedarikan diri ketika duduk bersandar pada dinding masjid.
"Tidak lama setelah mendengar penjelasan Ustaz Muhyiddin, dia lemas dan tersandar ke sebelah. Husnul khatimah,” titipnya lagi.
Menghadiri majlis ilmu akan meyuburkan pengetahuan dan keimanan. Malah majlis perkongsian ilmu juga disebut sebagai taman syurga.
Marilah kita sama-sama memohon kepada ALLAH SWT supaya mengurniakan kematian khusnul khatimah.
Baca juga: Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat
Baca juga: Nelayan bakal bergelar jutawan segera, jumpa ‘emas terapung’ RM5 juta
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Suara.com