ADAT merisik selalunya adalah langkah pertama setiap pasangan yang memasuki tahap yang lebih serius.
Ia adalah fasa di mana pihak lelaki mendapatkan status bakal pengantin, sama ada tunangan atau isteri seseorang.
Selepas merisik, barulah hubungan melangkah ke peringkat seterusnya sama ada bertunang atau terus berkahwin.
Detik indah kedua-duanya disatukan terpapar jelas menerusi beberapa video. Majlis merisik yang bertukar kepada majlis akad nikah berlangsung sederhana dihadiri ahli keluarga.
Menurut Puteri, bapanya meminta dia dan teman lelakinya terus berkahwin apabila mereka berdua perlu keluar daerah atas urusan penting sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah warga maya yang dia telah hamil.
Ikatan perkahwinan Puteri dan suami dimeterai 1 November lalu.
Biarpun ringkas namun direstui ibu bapa daripada kedua-dua belah pihak. Malah akad nikah dipercayai diwalikan bapanya sendiri.
Tidak sampai 24 jam dikongsikan, video-video pernikahan pasangan itu mendapat tontonan 2.1 juta dan 6.2 juta.
Warganet rata-rata terharu dengan sifat sederhana ibu bapa pengantin perempuan yang mempermudahkan urusan pernikahan puteri mereka.
Mereka malah turut mendoakan pasangan ini agar kekal bahagia hingga ke syurga.
Moga kekal hingga ke jannah
Gembira
Kalau di Malaysia perlu hadiri kursus dan ada borang perlu diisi
Baca juga: Patut cecah ribuan ringgit! Ikan siakap hiasan pelihara dalam sangkar dijadikan juadah
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: TikTok @pucez