Asteroid berbahaya 4660 Nereus bersaiz tiga kali ganda padang bola sepak bakal hampiri bumi

Iklan
03

SEBUAH asteroid bersaiz hampir tiga kali ganda lebih besar daripada padang bola sepak akan bergerak menghampiri Bumi pada bulan depan.

Menurut Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), batu angkasa yang dinamakan 4660 Nereus itu digelar sebagai"Asteroid Berpotensi Berbahaya (PHA)".

Iklan
Iklan

Pihak NASA meramalkan 4660 Nereus akan mendekati Bumi pada 11 Disember ini dengan jarak 3.9 juta kilometer (km) atau 10 kali ganda jarak antara Bumi dan Bulan.

Iklan

Malah, batu angkasa itu diramalkan tidak akan mendekati Bumi lagi sehingga 2 Mac 2031 atau pada November 2050 dan Februari 2060 akan datang serta hanya mengelilingi matahari pada setiap 664 hari.

Iklan

Menurut NASA, Ahli Astronomi, Eleanor F Helin menemui asteroid itu pada tahun 1982 dan dikategorikan dalam kumpulan asteroid Apollo kerana melintasi laluan Bumi semasa mengelilingi matahari.

Baca juga [VIDEO] Jarang dilihat manusia, jerung paling ganas di dunia, penuh parut, kesan gigit

Sementara itu, pelbagai rancangan para saintis mengenai misi ke asteroid itu dirancang namun ia tetap gagal.

NASA turut bercadang menghantar robot penyiasat ‘Robotic Asteroid Shoemaker Rendezvous (NEAR)’ dan Jepun ingin menghantar robot kapal angkasa ‘Hayabusa’ ke Nereus, tetapi mereka akhirnya memilih sasaran lain.

Sumber: Daily Star, Agensi