MENGIDAM adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita mengandung.
Sudah pasti, tempoh berbadan dua bukanlah proses yang mudah.
Seperti seorang wanita yang sedang sarat hamil anak kedua di Indonesia mengidam untuk bersanding sekali lagi sambil diarak mengelilingi kampung.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Video aksi pasangan pengantin itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @singamanja_slebeww dan menjadi tular di media sosial.
Berdasarkan video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri itu persis pengantin baru. Mereka lengkap memakai busana pengantin sambil diarak penduduk kampung.
Video yang dikongsikan itu menjadi perhatian ramai apabila telah ditonton hampir 2.5 juta kali selain mendapat pelbagai reaksi warga maya.
Rata-ratanya memuji si suami yang dilihat penyabar dan sporting sanggup melayan kehendak si isteri.
Sumber: TikTok, Suara.com