Rezeki tak pernah salah alamat! Si penarik beca terima wasiat bernilai RM559,000

Iklan
07

MANUSIA tak pernah tahu di mana dia harus menjemput rezekinya.

Tapi, rezekinya pasti tahu di mana pemiliknya. Rezeki tak pernah salah alamat!

Iklan
Iklan

Bukan kerana ikatan kekeluargaan namun demi budi yang dicurahkan!

Iklan

Seorang wanita berusia 63 tahun di bandar Cuttack, Odisha, India sanggup mewasiatkan seluruh hartanya sekitar 1 crore rupee (RM559,623) kepada Budha yang menjaganya sejak kematian suami dan anak.

India Times melaporkan wanita dikenali sebagai Minati Patnaik menyerahkan rumah tiga tingkat di kawasan Sutahat, barangan kemas dan semua aset lain kepada penarik beca tersebut.

Iklan

[caption id="attachment_64669" width="800"] Minati Patnaik (duduk tengah) bersama keluarga Budha Samal.[/caption]

Minati yang berasal dari Sambalpur berkahwin dengan hartawan di bandar Cuttack, Krishna Kumar Patnaik dan sebelum ini hidup gembira bersama anak perempuan mereka, Komal.

Ceritanya, ketika dirinya meratap kesedihan tiada seorang pun saudara mara berada di sisi. Dia keseorangan.

Bagaimanapun, penarik beca dan keluarganyalah yang menjaga kesihatan Minati tanpa diminta. Budha dan keluarganya jua mengabdikan diri untuk berkhidmat kepada Minati yang kesepian itu.

Selepas melihat kesungguhan, khidmat tanpa jemu dan komitmen Budha, Minati nekad dengan keputusan itu.

Menurut Budha, dia sudah berkhidmat dengan keluarga Minati sejak 25 tahun lalu dan tidak pernah mengimpikan harta itu. Dia juga tidak pernah membawa penumpang lain di dalam becanya.

Nekadnya, dia akan sentiasa berusaha untuk memastikan keluarganya sentiasa dan akan terus menjaga Minati selagi dia masih bernyawa.

Sumber: India Times, Agensi