SIAPA tidak pernah mendengar lagu dan menyaksikan video kanak-kanak Didi & Friends?
Setiap bait lirik memberikan keceriaan dan mesej positif kepada kanak-kanak di negara ini sejak 2014 lagi.
Baru-baru ini CEO dan Pengasas Bersama Digital Durian, Sinan Ismail berkongsi coretan jatuh bangunnya bersama syarikat yang dibinanya itu sejak tahun 2008.
Sinan mengumumkan bahawa karya-karyanya itu akan ditukar hak milik kepada pengasas bersama, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian yang akan menubuhkan satu syarikat baharu.
Mengenang kembali detik-detik sukar ditempuhi ketika menghasilkan animasi tersebut, Sinan mengakui sebak. Bahkan air matanya tidak henti mengalir.
Segalanya bermula sejak tahun 2008 di mana Digital Durian memulakan perjalanannya dengan perkhidmatan multimedia dari tahun 2008 hingga 2010
Manakala tahun 2010 hingga 2012, mereka menjalankan perkhidmatan berkaitan perkahwinan iaitu Durian Kahwin, Style Weddings atau Hora Horey Videography.
Bagaimanapun minatnya dalam dunia animasi begitu mendalam. Justeru, mereka mula mencipta Didi dan bertanding dalam Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC).
"Kami menyertai pertandingan IPCC sebanyak tiga kali. Dua cubaan awal kami gagal.
"Tahun 2009: "Journey Back Home” Berjaya sampai ke sesi 'live pitching' namun pitching yang gagal.
"Tahun 2010 :"Bad Min Ton” gagal! Tak berjaya sampai ke pitching session.
"Tahun 2011 kami hantar Didi & Friends ke 'cradle' - pun kena reject!
"Tahun 2012 , beranikan diri untuk hantar penyertaan untuk kali terakhir iaitu Didi & Friends The Science Explorers.
"Berjaya sampai ke sesi Live Pitching dan berbekalkan kegagalan Live Pitching IPCC 2009 saya berlatih rehearsal sampai record diri sendiri dan edit pitch saya di laptop - bila dah siap saya mainkan dalam versi MP3 selama tiga hari,” kata Sinan.
Kejayaan ternyata menyebelahi mereka. Hasil kerja kuat, kreativiti dan tidak berputus asa, Didi & Friends The Science Explorers terpilih sebagai pemenang pada tahun 2012.
Perjalanan Sinan bersama Didi & Friends
Baca juga: Dr Amalina rangkul anugerah di Britain, Women of Future Awards 2021
Dari situ, bermulalah Didi & Friends The Science Explorers. Itulah titik permulaan kami. Didi mengajar Sains. Idea mengajar Sains tu dari Ayah mertua saya. Terima kasih abah.
Pengembaraan awal ini membawa saya ke banyak tempat dan berjumpa dengan ramai orang. Dengan bantuan MDEC - kami telah pitch ke ramai broadcaster lokal dan international.
Setiap pitch - kami cuba buat WOW! Bawa TV bersaiz 42 inci ke lokasi pitching - rehearse slides - prepare pitch deck - tapi jawapannya tetap sama"It's cute but it's not suitable for us. It's nice but it's too educational” atau"Develop it further and then come back to us."
Hora Horey?
Ada satu syarikat penyiaran antarabangsa memberi komen"Hora Horey? It doesn't have a meaning - you should change it."
Saya kata dalam hati, satu hari nanti - ramai budak-budak akan cakap ‘Hora Horey’ dan dan ia pasti akan mempunyai maknanya tersendiri.
Tapi pada masa yang sama sangat banyak maklum balas lain yang kami ambil dan Didi & Friends banyak diubah mengikut maklum balas tersebut.
Travel seorang diri ke luar negara #kenapau
Saya terpaksa memberanikan diri membawa Didi & Friends seorang diri untuk pitching dan cuba jual ke Asia TV Forum di Singapura. Tidak ada duit jadi bas ‘lompat-lompat’ sampai Singapore). Saya turut ke Asia Animation Summit Thailand, Hong Kong Licensing dan Children's Book Fair Bologna Italy .
Dompet saya ‘kena pau’ dari perjalanan dari airport ke penginapan AirBNB yang pertama and hilang semua wang tunai saya bawa. Ia hari pertama ok! Ya ALLAH banyak sungguh cabaran dan dugaan.
Baca juga: 26 Tahun Hidupkan Watak Utama Siri Doraemon, Pengisi Suara Nobita Meninggal Dunia
Titik perubahan. Orang kata #rezekianak
Orang kata, anak adalah rezeki dari ALLAH. Insha -ALLAH ada rezeki untuk mereka. Dalam kes saya, Qays adalah sumber idea dan inspirasi kepada rezeki dan masa depan saya dan Digital Durian.
Kebetulan ketika itu umurnya setahun dan kami menunjukkan lagu kanak-kanak atau nursery rhymes.
Bila saya cari lagu kanak-kanak dalam Bahasa Malaysia, tiada animasi yang menarik walaupun tontonannya mencecah ratusan ribu. Bila membuat carian di Google Keyword Search, rupa-rupanya ada 10,000 carian sebulan.
Dari situ, kami sedar ada jurang dan kami dapatkan maklum balas rakan-rakan industri, keluarga dan rakan-rakan. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk tukar kepada Didi & Friends : Lagu Kanak-Kanak dan letak Didi & Friends di YouTube.
Saluran Youtube Didi & Friends dibuka pada 14 Mei 2014 dengan harapan dapat 1 juta tontonan dalam pada tahun itu.
Alhamdulillah dengan izin-NYA kami mencecah 5.5 juta tontonan pada tahun pertama. Dari situ kami bekerjasama dengan Astro sebagai penerbit. Ini sekali gus menyaksikan Didi & Friends disiarkan di Astro Ceria bermula dari 18 Disember 2015, setiap hari sehingga ke hari ini.
Perjalanan seterusnya semakin menarik, pencapaian demi pencapaian dicapai.
- 5 bilion tontonan di YouTube.
- Mini-Mini Karnival di Alamanda, Kuala Lumpur, Kedah, Johor, Terengganu dan lain-lain.
- Konsert Hora Horey Live yang mana tiket sebanyak 10,000 terjual.
- Lebih 800 jenis barang dagangan.
- Konsert Hora Horey Wayang.
Sehingga ke hari ini, jika ada yang bertanya apa yang paling best buat Didi & Friends, jawapan saya bila saya dapat maklum balas yang bagus daripada ibu bapa dan apabila saya melihat keluarga-keluarga gembira di majlis anjuran kami.
"Bye-Bye. This is official. This is the end.
"Saya ingin mengumumkan dengan rasmi pada hari ini saya dan Digital Durian akan say bye bye to Didi & Friends. Didi & Friends akan ditukar hak milik kepada satu syarikat baru milik pengasas bersama.
"Thank you Didi & Friends #speechless.
Para peminat animasi rata-rata sebak dan menzahirkan rasa sedih dengan pengunduran Sinan daripada Digital Durian.
-"Sangat menyentuh hati. Pencapaian yang mengagumkan. Seorang usahawan yang berjaya.”
-"All the best Sinan! Satu kebanggaan melihat Sinan dan kawan-kawan bermula dari fasa awal sehingga berjaya kini.
-"Semoga terus maju Sinan Ismail. Aku bangga Malaysia ada ikon kanak-kanak yang comel dan lagu-lagu yang best.”
-"Tahan sebak. Terima kasih Abang Sinan. Berikan impak yang besar kepada anak-anak saya.”
Baca juga: Suami Isteri Genggam PhD Usia 26 Tahun, Berkahwin Dan Ada Anak Bukan Penghalang
Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Sinan Ismail