SEMUA ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak gembira dan mendapat apa yang dihajati semampunya.
Tidak akan terbalas segala dan pengorbanan mereka memberikan kebahagiaan dan mencukupkan segala keperluan sejak kita sejak kecil lagi.
Apabila anak-anak menganjak ke usia dewasa, tiba masanya anak untuk menggembirakan hati ibu bapa pula seperti yang dilakukan seorang pemuda ini.
Pengguna TikTok @Naemzaimi mengundang sebak warga maya apabila berkongsi reaksi kegembiraan yang terpancar pada wajah bapanya selepas menerima hadiah seutas jam tangan berjenama berwarna ‘gold’ yang diidamkan sekian lama.
Sudah sekian lama jam tangan tersebut diidamkan bapanya namun atas alasan harganya terlalu mahal, hasrat untuk memilikinya dilupakan.
Baca juga: Jika Masih Ada Ibu Bapa, Jangan Berkira Mengirim Duit Belanja
"Abah saya kalau pergi ke Alor Setar mesti dia akan singgah di sebuah kedai ham di belakang Pekan Rabu.
"Katanya, nak cuci mata. Nak beli tak mampu sebab mahal.
"Tapi hari ini saya hadiahkan jam yang dia hendak itu. Sebak pula apabila melihat reaksi dia.
"Kami sayang abang,” titipnya.
Warganet rata-rata turut sebak dan menangis menyaksikan reaksi bapa Naem.
Video yang mendapat 1.7 juta tontonan itu menerima pelbagai komen daripada warganet. Tindakan Naem menerima pujian, malah rata-rata netizen bangga melihat kebaikan yang dilakukannya.
Sebak
"Moga dimurahkan rezeki anak soleh"
"Tahniah kerana mampu buat air mata kegembiraan seorang ayah mengalir."
"Buat yang terbaik"
"Tahniah abah."
"Bahagia seorang anak itu apabila membahagiakan ibu ayah"
"Hargailah ibu bapa"
Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: TikTok @Naemzaimi