3 jam bertarung nyawa, lelaki menyorok pada tayar kapal terbang untuk ke Amerika Syarikat

Iklan
Untitled design

SEORANG lelaki warga Guatemala nekad membahayakan nyawa dengan cara bersembunyi di bahagian tayar pesawat. Penerbangan tersebut memakan masa sekitar 2 jam 50 minit dari Guatemala ke Miami, Amerika Syarikat.

Lelaki berusia 26 tahun itu kemudian ditahan oleh pihak berkuasa tempatan sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Iklan
Iklan

Setelah ditahan, lelaki yang lengkap dengan jaket dan berseluar hitam itu terus dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera dan pemeriksaan kesihatan.

Pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) berkata siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca tindakan lelaki itu.

Iklan

[caption id="attachment_66035" width="800"] LELAKI berusia 26 tahun menyembunyikan diri pada bahagian tayar pesawat semata-mata untuk ke Amerika Syarikat.[/caption]

"Seseorang sanggup melakukan pelbagai cara yang mencabar dan merisikokan diri sendiri bagi memastikan diri mereka berjaya menyelinap masuk ke dalam pesawat biarpun bahaya," kata wakil CBP.

Iklan

Berdasarkan pada Badan Penerbangan Perseketuan (FAA), dianggarkan seramai 129 individu cuba memasuki kawasan sempadan dengan cara bersembunyi di roda pesawat atau menyelinap dalam kenderaan lain.

Sebelum ini, seorang remaja berusia 16 tahun pernah menjadi perhatian apabila bersembunyi di bahagian roda pesawat sepanjang 5 jam penerbangan dari California ke Hawaii.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram