WHO jangka varian Omicron terus meningkat, 23 negara telah dikesan

Iklan
04

SEJAK hampir dua tahun Covid-19 mula menjangkiti manusia, ia telah meragut berjuta-juta nyawa dan pelbagai varian juga telah ditemui.

Terbaru, varian dinamakan Omicron diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian yang membimbangkan (variant of concern – VOC).

Iklan
Iklan

Namun apa yang lebih membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini mengesahkan varian Omicron telah dikesan di 23 negara dan dijangka jangkitannya terus meningkat.

Iklan

Ujarnya, kemunculan varian Omicron telah menarik perhatian global. Sekurang-kurangnya 23 negara di lima daripada enam wilayah WHO kini telah melaporkan kes Omicron dan dijangka jumlah itu akan terus meningkat.

Iklan

Katanya, WHO sangat mengambil serius perkembangan tersebut dan begitu juga sepatutnya setiap negara, tetapi ia tidak sepatutnya mengejutkan semua.

Tambahnya, larangan perjalanan akan memberi kesan kepada kerjasama global terhadap varian Omicron baharu.

Baca juga Gigih berbasikal ke hospital untuk bersalin, ahli Parlimen New Zealand ini buat ramai kagum

Malah, beliau juga berkata ia akan beri cabaran kepada perkongsian sampel makmal dari Afrika Selatan yang boleh membantu mendapatkan maklumat yang lebih baik pada varian baharu itu.

Dr Tedros menggesa campur tangan"disesuaikan" oleh negara-negara, termasuk menguji pelancong sebelum dan selepas mereka tiba di sesebuah negara.