SIAPA sangka, keseronokan berlibur di sebuah zoo bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang mungkin tidak akan dilupakan selama-lamanya.
Lapor gulfnews.com, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun terputus tangan kiri gara-gara digigit seekor singa.
Kejadian yang berlaku di sebuah zoo di Muhafazah Ibb, Yaman baru-baru ini itu ternyata mengemparkan orang ramai.
Sebelum tragedi 'seram' berkenaan, mangsa, Donia Idris Hammoud dilaporkan bersama bapanya yang sedang leka bergambar berhampiran sangkar singa tersebut.
Dalam foto yang tular di media sosial, wajah manja kanak-kanak itu bergambar seorang diri sambil tangannya memegang sangkar besi terbabit.
Kanak-kanak perempuan yang ditemani ayahnya tidak menyedari kehadiran singa tersebut sebelum tangan kiri si kecil itu disambar secara tiba-tiba.
Baca juga Dipaksa bersalin normal, kepala bayi terputus ketika dilahirkan
Menurut laporan portal tersebut itu lagi, bapa mangsa tidak sedarkan diri selepas melihat tangan anaknya di dalam mulut singa.
Mangsa dan bapanya kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Lebih menyedihkan, tangan kiri kanak-kanak tersebut terpaksa dipotong. Aduhai, sedihnya.
Kejadian berdarah itu mengundang persepsi buruk terhadap pengurusan zoo berkenaan yang didakwa tidak menitikberatkan aspek keselamatan.
Penyokong hak asasi manusia di sana turut mengecam pihak berkenaan kerana mengambil mudah soal keselamatan pelawat khususnya kanak-kanak.
Pun begitu, menurut thearabweekly.com, peperangan yang melanda negara itu membuatkan kehidupan di sana bukan sahaja rakyat, malah haiwan di bawah jagaan zoo terpaksa kelaparan.
Jika melihat foto yang dikongsikan, kebanyakan haiwan di sana kurus kering dan kelaparan.
Pun begitu, insiden serangan haiwan di zoo bukanlah kes terpencil kerana baru-baru ini turut dilaporkan pernah berlaku.
Seorang kanak-kanak perempuan digigit ular jenis rufous beaked pada pipinya ketika sedang bergambar dengan reptilia tersebut di sebuah petting zoo Taman Rama-Rama di Rusia.
Kanak-kanak yang dikenali dengan nama Victoria itu dilaporkan stabil kerana racun ular tersebut dikatakan kurang berbisa.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Tidak salah sebenarnya untuk berswafoto atau bergambar kenangan ketika berada di sana, cuma kena lebih berwaspada kerana malang tidak berbau.
Bukan saja penjarakan sosial antara manusia, haiwan berbahaya pun perlu juga ya sepanjang musim wabak Covid-19 ini. #kitajagakita #kitalaluibersama