Norman Hakim dedah sebab tukar butik kepada surau: 'Dari ruang jual beli ke tempat sujud'

No Image Caption
A
A
A

BAGI sesetengah orang, kejayaan perniagaan diukur pada angka jualan dan deretan butik yang gah berdiri.

Namun berbeza dengan pelakon popular, Norman Hakim yang mengakui makna sebenar kejayaan datang apabila hati terasa lebih dekat dengan Tuhan.

Daripada hasrat membina butik fizikal untuk jenama Normey, suami kesayangan Memey Suhaiza itu baru-baru ini memilih jalan yang lebih tenang apabila mendirikan sebuah surau di ibu pejabat syarikatnya.

Keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya lahir daripada satu perenungan jiwa ketika bermusafir.

Menerusi hantaran video di Instagram, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon berkongsi bagaimana ilham itu hadir sewaktu dia dan keluarga bercuti di Jepun, baru-baru ini.

No Image Caption

"Langkah kecil ke arah masjid pertama Normey bermula dengan sebuah surau. Kerana setiap binaan besar, sentiasa bermula dengan niat yang jujur dan langkah yang sederhana.

"Ilham ini ALLAH hadirkan ketika bermusafir ke Jepun baru-baru ini. Saat hati & minda jauh dari rutin kerja, ALLAH dekatkan dengan makna.

"Saat jasad berada di Sapporo, jiwa pula disentuh dengan satu kesedaran," ujarnya.

Segala ilham yang baik datang hanya daripada ALLAH SWT. 

Akui Norman, asalnya, perancangan mereka adalah untuk membina butik fizikal Normey. 

Asbab konsisten mengadakan usrah bulanan untuk komuniti Normey, maka surau ini diharap menjadi kemudahan untuk mereka juga. 

"Tempat berteduh rohani. Tempat menenangkan jiwa. Lebih sejuk, lebih damai. 

"Dengan enam saf, insya-Allah mampu memuatkan sekitar 100 jiran-jiran niaga dalam radius HQ Normey untuk sama-sama mengimarahkan solat secara berjemaah selepas ini," ungkapnya.

Dengan rendah hati, dia turut menjemput qariah dan jiran-jiran niaga dalam radius HQ Normey untuk sama-sama mengimarahkan Zuhur dan Asar secara berjemaah selepas ini. 

Dalam hantaran yang sama, Norman turut berniat agar surau itu dapat dihidupkan dengan ibadah-ibadah pada Ramadan nanti seperti solat tarawih, doa dan air mata kebergantungan hanya kepada. 

No Image Caption

"Dan bila tiba Ramadan, insya-ALLAH niat yang dalam untuk hidupkan surau ini setiap malam dengan tarawih, doa dan air mata kebergantungan hanya kepada-NYA. 

"Kerana kejayaan sebenar bukan pada apa yang kita bina di dunia, tetapi apa yang menghubungkan kita dengan langit. 

"Doakan agar langkah kecil ini menjadi asbab lahirnya keberkatan besar untuk Normey, komuniti setempat dan generasi yang akan datang. 

"Surau ini diharap menjadi tempat menenangkan jiwa, lebih sejuk dan lebih damai. Bukan angka yang dibanggakan, tetapi amanah yang ingin dipelihara.

"Kerana kejayaan sebenar bukan pada apa yang kita bina di dunia, tetapi apa yang menghubungkan kita dengan langit," tulisnya. 

Hantaran itu mencuri perhatian netizen yang rata-rata gembira dengan pembinaan surau itu dan turut mendoakan agar segala urusan Norman serta keluarganya dipermudahkan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang