'Kami tak paksa dia jadi apa-apa’ – Pengakuan jujur Shila Amzah tentang anak autistik, dedah permulaan karier dari lagu iklan Ibu

No Image Caption
A
A
A

DALAM dunia glamor yang sering dipenuhi sorotan kejayaan dan pencapaian, penyanyi bersuara emas, Nurshahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, tampil dengan sisi kehidupan yang cukup membumi.

Sebagai seorang ibu yang belajar tentang sabar, penerimaan dan syukur setiap hari. Bukan kisah pentas besar atau anugerah yang dikongsikan kali ini, sebaliknya perjalanan peribadi membesarkan anak istimewa serta kenangan kecil yang menjadi titik mula kerjaya seninya.

Membesarkan anak tanpa tekanan, penuh kasih sayang

Jarang selebriti berani membuka cerita keibubapaan secara jujur, apatah lagi melibatkan anak yang berada dalam spektrum autisme.

Namun Shila memilih untuk berkongsi secara terbuka, dengan harapan dapat memberi inspirasi dan kekuatan buat ibu bapa lain.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, ibu kepada sepasang cahaya mata itu mendedahkan pendekatan dirinya bersama suami, Ubai, dalam membesarkan anak lelaki mereka, Seth.

Bagi pasangan tersebut, mereka tidak pernah meletakkan harapan tinggi atau tekanan berlebihan terhadap anak.

" Saya dan Ubai, cuba untuk tak jadi parents yang ‘you kena jadi doktor, you kena jadi ni’,” ujar Shila jujur.

No Image Caption

Menurutnya, setiap anak membesar dengan cara yang tersendiri dan tidak semua perlu mengikut definisi kejayaan yang sama seperti yang sering diletakkan oleh masyarakat.

Apa yang paling penting buat mereka adalah Seth mampu berdikari dan menjalani kehidupan mengikut kemampuannya sendiri.

“Especially when Seth is autistic, dia boleh settle himself, dia boleh work within dia punya means," ungkapnya.

Bagi Shila, kejayaan sebenar bukan diukur melalui pencapaian besar semata-mata, tetapi melalui perkembangan kecil yang bermakna.

Sebagai ibu bapa, mereka belajar untuk meraikan setiap kemajuan anak, walau sekecil mana pun.

“Kami dah seriously bersyukur Alhamdulillah,” katanya penuh rasa syukur.

Perkongsian ini nyata menyentuh hati ramai, khususnya ibu bapa yang membesarkan anak istimewa dan sering berdepan tekanan sosial, pandangan serong serta jangkaan yang tidak realistik.

Ramai yang memuji sikap Shila dan Ubai yang memilih untuk membesarkan anak dengan penuh empati, kasih sayang dan penerimaan.

No Image Caption

Zaman  kecil  penuh  nostalgik

Di sebalik kematangan Shila sebagai seorang ibu hari ini, perjalanan seninya juga penuh cerita manis yang tidak ramai tahu.

Siapa sangka, bakat nyanyian Shila sebenarnya mula dikesan bukan melalui pertandingan besar atau kelas vokal profesional, sebaliknya daripada lagu iklan yang sering berkumandang di televisyen.

Shila mendedahkan kisah zaman kecil yang cukup nostalgik.

Menurut pelantun lagu Memori Tercipta, sang ibu yang mula menyedari kebolehannya menyanyi sejak usia kecil apabila dia sering menyanyikan lagu-lagu iklan di rumah.

“My mom discover saya boleh nyanyi daripada umur kecil. One of the song was my favorite adalah lagu-lagu iklan.

" Namun daripada semua lagu tersebut, ada satu yang paling dekat di hati iaitu lagu iklan bertajuk ‘Ibu’ menjadi kegemaran saya ketika itu.

“Saya akan nyanyi ‘Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku’. Setiap lagu iklan saya nyanyi, tapi lagu ni specifically was my favorite," tutur Shila.

Kini apabila dikenang semula, dia merasakan seolah-olah lagu tersebut menjadi petanda awal perjalanan hidupnya.

Daripada seorang anak kecil yang menyanyikan lagu tentang ibu, kini dia sendiri bergelar ibu dan sering menyampaikan lagu-lagu bertemakan keibuan serta kasih sayang.

“Inilah yang specialnya,” katanya ringkas namun penuh makna.

No Image Caption

Pendedahan demi pendedahan itu nyata membuatkan ramai netizen terharu.

Ramai tidak menyangka suara besar yang dimiliki Shila Amzah hari ini sebenarnya bermula daripada sebuah lagu iklan sederhana yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Lebih menyentuh perasaan, sikap Shila sebagai ibu yang tidak meletakkan tekanan terhadap anak, sebaliknya memilih untuk meraikan setiap proses kehidupan, turut menerima pujian.

Ada yang menyifatkan penyanyi tersebut sebagai contoh ibu moden yang memahami keperluan emosi anak, terutamanya anak istimewa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang