Sheila Majid terima menantu lelaki, anak sulung Kayda Aziz sah bergelar isteri
PENYANYI jazz legenda, Datuk Sheila Majid menerima menantu lelaki apabila anak sulungnya, Kayda Aziz selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Syafiq pada Isnin.
Menerusi hantaran penyanyi, rapper dan hos terkenal Hunny Madu, Kayda atau nama penuhnya Wan Nur Khaleda memakai sepersalinan kurung moden putih manakala suaminya pula berbaju Melayu teluk belanga.

Turut kelihatan dalam majlis berkenaan ialah penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.
Terdahulu, Kayda mengikat tali pertunangan dengan jejaka tersebut pada Jun 2025.

Kayda Aziz merupakan seorang penyanyi yang memilih genre rap. Dia mula akti dalam bidang seni sejak berusia 12 tahun lagi.
Sekadar info, Kayda dan Megat Abdul Majid ialah cahaya mata Sheila daripada rumah tangga pertamanya bersama pemuzik terkenal, Roslan Aziz yang dibina pada 14 Februari 1989.
Mereka kemudian berpisah pada 4 April 2000.
Sheila kemudian mendirikan rumah tangga dengan Datuk Hashridz Murshim atau Acis pada 3 Jun 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
