'Kita tak nak negara ada another Jeffrey Epstein!' - Jijik, kejam dan tidak bermaruah, Mimi Lana lantang bela ibu Puteri Balqis
SIAPA sangka di dalam industri hiburan tempatan wujud pemerdagangan manusia melibatkan wanita dan kanak-kanak? Pelakon Mimi Lana menyuarakan rasa kecewa dan marah susulan pendedahan kisah hitam dilalui ibu pelakon Puteri Balqis.
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu sempat mengikuti wawancara ibu, Norashikin Mohd Aziz menerusi audio siar saluran YouTube SembangOhhYeahh mahu perkara itu disiasat dan tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.
"Saya mengambil masa yang lama untuk menghadam apa yang saya dengar. Dan semakin memikirkannya, semakin hancur perasaan saya.

"Ini tentang seorang ibu yang struggle membesarkan anaknya sebagai pelakon, tapi diperlakukan dengan jijik, kejam dan tidak bermaruah dan didakwa dilakukan oleh seorang artis wanita veteran dan seorang ahli politik. Malaysia ada undang-undang dan pekara ini tidak sepatutnya berlaku langsung," kongsinya.
Pelakon Mencari Ramlee dan Balun itu juga benar turut menyuarakan pendirian yang sama, apatah lagi yang menjadi mangsa ialah seorang ibu.
"Pemerdagangan manusia bukan perkara remeh. Ini bukan kandungan hiburan. Ini bukan gosip. Ini adalah trauma sebenar, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam industri yang menjadi tempat saya mencari rezeki.
"Selepas menonton keseluruhan podcast bersama Puteri Balqis dan ibunya, hati saya terasa sangat berat. Sejak itu, fikiran saya tidak pernah berhenti memikirkannya. Maruah seorang wanita dan seorang ibu telah dipijak-pijak," kongsi Mimi.
Dalam masa yang sama, isteri kepada aktor Syafiq Kyle turut memandang isu berkenaan dengan sangat serius. Bukan sekadar mendengar, malah menyelidik dan mengambil berat.

"Kerana setiap kali kita memilih untuk berdiam diri, kita sebenarnya membenarkan perkara ini terus berlaku, berulang kali. Kita tidak mahu negara ini melahirkan satu lagi “Jeffrey Epstein”.
"Dalam industri ini, ada terlalu ramai wanita dan kanak-kanak yang bekerja. Ramai yang sangat naif, especially bila baru masuk dan hanya mahu mencari rezeki. Mereka percaya. Mereka ikut. Mereka diam. Dan itulah yang paling menakutkan," titip Mimi lagi.
Sebelum ini, Norashikin pernah berkongsi pengalaman pahit yang dilaluinya ketika anaknya berdepan masalah penglihatan sehingga berada dalam situasi yang amat mendesak.
Menurutnya, dalam keadaan emosi yang tertekan sebagai seorang ibu yang hanya memikirkan ikhtiar untuk menyelamatkan anak, dia telah didekati seorang artis veteran yang menawarkan bantuan melalui saluran seorang ahli politik.
Apa yang membuatkan tawaran itu kelihatan lebih meyakinkan ialah jaminan bahawa bantuan tersebut diberikan secara ikhlas, tanpa sebarang keperluan publisiti atau liputan media. Ia sekali gus menyebabkan dia tidak mengesyaki sebarang niat tersembunyi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
