Ucapan hari lahir PU Riz buat Neelofa undang sebak, sarat doa & penghargaan — 'Kalau anak boleh bercakap lancar, mungkin berkata...'

No Image Caption
A
A
A

BILA suami romantik menitip doa, memang cair hati dibuatnya.

Begitulah momen manis yang dikongsi pendakwah bebas, PU Riz sempena ulang tahun kelahiran permaisuri hatinya, Neelofa. 

Ucapan yang dimuat naik di Instagram itu bukan sekadar titipan kata-kata biasa, tetapi sarat dengan doa, penghargaan dan rasa syukur atas kehadiran wanita yang menjadi tulang belakang keluarganya.

Bagi PU Riz, tanggal 10 Februari sememangnya tidak pernah berlalu tanpa coretan istimewa buat insan yang dipanggilnya “adinda”.

Bapa kepada dua cahaya mata itu saban tahun tidak pernah lupa menghadiahkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, pendakwah bebas itu meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang menikmati kehidupan berumah tangga bersama wanita pilihannya.

“Sudah semestinya tidak berlalu 10 Februari tanpa ingatan dan coretan buat adinda. 

"Pertama, syukur ke hadrat Tuhan telah memberi dan memanjangkan usia kita hidup bersama," ungkapnya penuh makna.

No Image Caption

Keperibadian isteri

Menurutnya lagi, kehadiran pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor dalam keluarga mereka adalah satu nikmat yang sangat besar.

“Kehadiran adinda buat keluarga kita, Subhanallah amat luar biasa,"ujarnya.

PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail turut memuji keperibadian isterinya yang disifatkan penuh akhlak, menjaga anak-anak serta memelihara maruah diri dengan ikhlas.

Malah, dia membayangkan jika anak-anak mereka sudah boleh berbicara lancar, pasti Abbas dan Bilal akan melihat ibu mereka sebagai insan paling istimewa.

Lebih menyentuh hati apabila PU Riz mengimbau kenangan mereka di Tanah Suci selepas menunaikan umrah.

"Daripada menyediakan hidangan kegemaran seperti butter chicken, noodle soup, ayam kicap, ayam kurma hinggalah pizza, semuanya dilakukan dengan penuh kasih sayang.

“Teringat satu waktu kita berada di Tanah Suci… adinda sebut, ‘I banyak doa untuk kita, rezeki you dan anak-anak.

"Kata-kata itu cukup menggambarkan besarnya kasih seorang isteri yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan,"kongsi PU Riz lagi.

Coretan itu kemudiannya diakhiri dengan ucapan ringkas tetapi penuh makna:

“Jazakillahu khair, happy birthday.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang