'Selamat menempuh pendidikan terbaik.' Anak Bunga Citra Lestari dan arwah Ashraf Sinclair ikuti kursus Universiti Oxford

No Image Caption
A
A
A

ANAK penyanyi Bunga Citra Lestari dan pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair menjejakkan kaki ke universiti terkemuka dunia,  Universiti Oxford di United Kingdom.

Dalam satu hantaran di Instagram, Bunga berkongsi beberapa foto putera tunggalnya, Noah Aidan Sindlair, 15, di kampus universiti berkenaan.

“Hari ini hari menghantar Kem Musim Sejuk YouthFuel Global di Universiti Oxford.

No Image Caption

"Semoga Noah Sinclair seronok dan mendapat pengalaman hebat di sana,” titip Bunga.

Penyanyi berusia 42 tahun itu yang hadir bersama suami, Tiko Aryawardhana.

Turut serta anak saudara Allahyarham Ashraf, Soraya Ann yang merupakan puteri sulung Aishah Sinclair.

Warganet tidak lupa mengucapkan kata-kata positif buat Noah untuk menikmati  masa keemasan di universiti berprestij itu.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata tidak menyangka Noah kini sudah meningkat remaja dan memuji ketampanannya yang diwarisi daripada Allahyarham Ashraf.

No Image Caption

"Selamat menempuh pendidikan terbaik dan masa muda yang menyenangkan Noah."

"Noah ganteng banget"

"Noah sudah ada iras arwah Asyraf."

“Tahniah Noah kerana melanjutkan pengajian di Oxford. Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan.”

Sekadar info, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 di Jakarta, Indonesia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.

Bunga atau mesra disapa singkatan BCL berkahwin kali kedua dengan pasangannya, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember 2023 di Bali.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang