Tahun ke-14 berpuasa penuh Ramadan & puasa enam Syawal, Soo Wincci akui rahsia awet muda. 'Baru faham ia bermaksud...'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, penyanyi dan pensyarah, Dr Soo Wincci, 40, sering menjadi mencuri perhatian setiap kali munculnya Ramadan. Masakan tidak, saban tahun beliau tidak ketinggalan mengamalkan rukun Islam ketiga itu.

Imbas kembali permulaan puasa enam 14 tahun lalu, bekas ratu cantik Miss Intercontinental Malaysia 2004 dan Miss World Malaysia 2008 itu juga mengakui menemui kekuatan selepas merasai sendiri kelebihannya dari segi kesihatan.

Kini, melewati bulan Syawal, Wincci meneruskan amalan tersebut dengan puasa enam.

"Saya sudah berpuasa bulan Ramadan selama 14 tahun termasuk puasa enam pada bulan Syawal. Semasa saya berpuasa Ramadan, ramai kru (penggambaran) Melayu yang mencadangkan saya untuk berpuasa enam.

"Pada mulanya memang saya hairan dan tertanya-tanya apa itu puasa enam. Saya membuat pembacaan dan mula faham berpuasa enam bermaksud melengkapkan puasa Syawal dan menjadikan seseorang (mendapat pahala) berpuasa sepanjang tahun.

No Image Caption

"Rutin puasa enam saya adakalanya tidak terus dilakukan selepas bulan Ramadan. Saya mula berpuasa selepas beberapa hari. Adakala saya selang-seli atau mengikut keadaan," katanya.

Mengakui berasa selesa dan seronok berpuasa, pensyarah subjek produksi muzik dan perniagaan itu tidak dapat menafikan kelebihannya. Malah beliau juga tidak menolak ia adalah rahsia awet muda.

Artikel Berkaitan:

"Puasa enam sebenarnya bagus kerana selepas berpuasa sebulan namun selepas raya saya makan banyak. Namun pada hari kedua saya tidak boleh tahan, kena puasa semula kerana gejala akibat pemberhentian mengejut atau withdrawal syndrome.

No Image Caption

"Puasa enam ini bagus kerana kita sudah berpuasa satu bulan. Sebenarnya tidak boleh terus makan jer. Saya pun sudah terlampau selesa dengan puasa dan tidak makan banyak. Puasa enam membantu saya mengelakkan withdrawal syndrome dan regulasi semula," katanya.

"Saya rasa puasa adalah rahsia awet muda. Kerana puasa saya hilang empat hingga lima kilogram walhal makan biasa sahaja. Puasa mengajar lebih saya lebih berdisiplin dan sistematik.

"Benda bagus kena kongsi, jadi saya ajak kawan yang berpuasa Ramadan jom puasa enam," tuturnya.

Seronok sekali melihat si cantik ini. Tidak berhenti menerokai kebolehan diri, bekas peserta Masterchef Selebriti musim pertama itu mengakui jadualnya pada tahun ini agak padat.

Dalam perkembangan terbaru, Wincci sedang menjalani penggambaran drama berantai Melayu sebanyak 40 episod sehingga Ogos.

"Kira-kira sudah 10 tahun saya tidak muncul dalam drama Melayu. Sebelum ini mengajar dan berlakon untuk produksi lain.

"Saya juga bakal mengeluarkan lagu Melayu. Jadi banyak perkara yang perlu dibuat semula selepas pandemik. Sekarang pun pasaran sudah berlainan," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang