Belum panggil ayah & ibu, Azmi Saat kongsi anak usia 2 tahun 4 bulan masih belum bertutur. 'Panggil nama pun tak respons'

No Image Caption
A
A
A

VOKALIS Caliph Buskers, Azmi Saat berkongsi keadaan cahaya matanya, Khalisa Insyirah yang kini mencecah usia dua tahun empat bulan berdepan masalah pertuturan.

Menerusi hantaran di Instagram, Azmi meluahkan masalah perkembangan Khalisa.

"Khalisa sekarang  dua tahun empat bulan. Alhamdulillah dia jarang sakit. Jarang sangat kami rasa susah menjaga dia. Jauh banyak yang seronok daripada sedih.

"Cuma, satu nikmat besar yang belum kami rasai adalah panggilan ayah atau ibu dari Khalisa. Sampai sekarang, Khalisa belum ada sepatah pun perkataan bermakna dari mulutnya. 

"Malah, kalau dipanggil namanya pun Khalisa tak beri respons. Namun syukurnya banyak juga bijaknya dari sudut lain," titip Azmi.

Berkongsi video mengunjungi pusat terapi, bapa berusia 38 tahun itu dan isteri, Nazira Muhammad berkongsi telah menghantar permata hati mereka ke pusat terapi. 

Baginya, sebagai bapa biarlah dia berkorban membayar yuran asalkan Khalisa cepat bertutur.

Artikel berkaitan:

No Image Caption

"Puas mencari info, hubungi sana sini, Alhamdulillah kami dipertemukan dengan Super Kidz yang menyediakan khidmat Program Intervensi Awal. 

"Kebanyakan tempat hanya menerima anak berusia tiga tahun ke atas. Berbeza dengan Super Kidz yang boleh terima untuk umur Khalisa.

"Moga sedikit usaha ayah dan ibu ini, dapat bantu adik untuk cepat bercakap. 

"Ayah akan usahakan walau berapa pun kos yang perlu untuk kebaikan adik. 

"Ibu akan selalu berdoa moga ALLAH sentiasa jagakan adik untuk kami. 

"Mohon juga kawan-kawan doakan yang terbaik buat Khalisa dan kami ya," titip Azmi.

Sekadar info, Khalisa Insyirah cahaya mata yang dinantikan selama 12 tahun.

Terdahulu, pemilik nama Khairul Azmi Saat berdepan ujian apabila anak sulung mereka, Khairul Afnan meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan pada September 2021.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang