'Bukan sebab orang lain tapi hati...' – A Aida kongsi keputusan bertudung
PENERBITDatuk A Aida berkongsi foto memaparkan dirinya tampil dengan imej bertudung.
Istimewa pada Ramadan ke-12, pemilik nama Zaidah Awang mengakui dia perubahan ke arah lebih atas dorongan kehendak sendiri.
"Bukan sebab orang lain, tetapi sebab hati" titipnya pada ruangan kapsyen.
Dalam masa yang sama, pelakon, penulis skrip, itu juga membalas komen sahabat baiknya, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.
Dia akhirnya mengotakan janji selepas jatuh sakit baru-baru ini.

"Janji dengan ustaz asyik bermain di fikiran selepas kembali sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Terima kasih ustaz, moga ALLAH pelihara kita semua," kongsi Aida.
Terdahulu, pemilik syarikat penerbitan A Aida Production itu dimasukkan ke ICU di sebuah hospital akibat rebah selepas melakukan fisioterapi.
Aida yang menjalani pembedahan lutut sebelum itu terpaksa ditidurkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
