Rahsia kekuatan isteri, Siti Elizad kongsi peranan suami dalam rumah tangga- 'Tak ada anak, perempuan boleh terima andai...'

No Image Caption
A
A
A

SETIAP wanita memiliki kekuatan tersendiri, tetapi pelakon popular, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, menegaskan rahsia kekuatan seorang isteri sebenarnya bergantung kepada kasih sayang dan perhatian daripada pasangan masing-masing.

“Tak ada anak ke, perempuan ni okay sahaja boleh terima, andai kata suami manjakan dia dan ambil tahu pasal isteri,” tegas Elizad ketika berkongsi pandangan eksklusifnya dalam program Nona baru-baru ini.

Menurut Elizad, ubat terbaik menghadapi konflik rumah tangga bukanlah pertengkaran atau menyimpan dendam, tetapi melalui kasih sayang dan komunikasi yang baik antara suami isteri. 

“Kalau isteri tengah bersedih, si suami pun janganlah abaikan dan buat tak tahu. Ubat yang terbaik adalah dengan berkasih sayang.

"Kekuatan seorang isteri adalah daripada pasangannya,” jelas pelakon drama Bila Cinta Menjadi Dosa itu.

No Image Caption

Pengacara dan penyampai radio itu turut menekankan pentingnya mencari jalan penyelesaian setiap kali berlaku masalah. 

“Kalau ada masalah, keluar sahaja daripada situ. Jangan duduk dalam masalah itu terlalu lama. 

"Kalau memang dah tak boleh dengan pasangan, ambil sahaja langkah seterusnya,” tambah isteri kepada Shamsul Baharin Abdul Rahman.

Dalam kehidupan peribadinya, Elizad dan suami telah berkahwin pada 11 Januari 2015. Pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata, namun Elizad tidak berputus asa. 

No Image Caption

Mula mencipta nama menerusi filem Berlari Ke Langit, dia pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020, namun mengalami keguguran pada November tahun yang sama. 

Tidak berputus asa, Elizad sekali lagi mencuba rawatan IVF kedua pada Mac 2022 bagi merealisasikan impian memiliki anak.

Kisah Elizad bukan sahaja menggambarkan cabaran seorang wanita dalam rumah tangga, tetapi juga menekankan betapa pentingnya sokongan emosi daripada pasangan. 

No Image Caption

Kadangkala, kasih sayang dan perhatian yang kecil daripada suami mampu menjadi “ubat” paling mujarab dalam menguatkan hati seorang isteri.

Bagi Elizad, rumah tangga yang bahagia tidak hanya dibina melalui kehadiran anak, tetapi melalui ikatan kasih sayang, komunikasi, dan pengertian yang mendalam antara suami isteri. 

Sebab itulah, dia menegaskan, pasangan harus sentiasa hadir bukan sahaja dalam waktu gembira, tetapi juga ketika hati pasangannya memerlukan sokongan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang