Kondisi sciatica teruk, Danny X-Factor dibedah hari ini. 'Doakan saya, maaf jika ada silap dan salah'

No Image Caption
A
A
A

AHLI kumpulan X-Factor, Danny mendedahkan akan menjalani pembedahan bagi rawatan sciatica yang menyebabkan kaki sebelah kiri mengalami kebas dan sakit untuk berjalan pada hari ini.

Kepada SinarPlus, Danny berkongsi bakal menjalani prosedur berkenaan dalam masa terdekat.

"Tiada pilihan lain, terpaksa dibedah. Alhamdulillah insurans sudah approve," kongsi Danny.

No Image Caption

Pemilik nama Mohd Kardanie Anwa, 46, itu juga memaklumkan keadaan tulang belakangnya semakin teruk dan pembedahan dijadualkan pada tengah hari ini.

"Mohon doakan saya. Tengah hari ini saya akan masuk bilik pembedahan.

"Pembedahan perlu dijalankan secepat mungkin memandangkan kondisi sciatica L5 teruk. 

"Terima kasih, maafkan saya jika ada silap dan salah," titipnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Danny terdahulu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Bukit Jalil pada Aidilfitri ketiga kerana kesakitan pada kaki kiri kebas tidak boleh digerakkan.

Difahamkan, kesakitan itu sudah sebulan dilaluinya tetapi dia hanya mengambil ubat tahan sakit sahaja.

Terdahulu, Danny menerusi Insta Story berkongsi keadaan dirinya yang sedang menjalani fisioterapi.

Pelakon Budak Kelantan dan KL Menjerit itu sepatutnya menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan dialami namun keputusan untuk menangguhkan prosedur tersebut disebabkan kos rawatan yang tinggi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang