'Kanser ususnya sudah merebak dalam badan, saya sudah bersedia.' Norlia Ghani reda pemergian Norlina
PELAKON veteran Norlia Ghani berkongsi berita duka anak perempuannya, Norlina Ramli meninggal dunia akibat kanser.
Aktres berusia 77 tahun itu terdahulu memuat naik hantaran memaklumkan pemergian anak perempuannya.
"Assalamualaikom semua. Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya baru saja kehilangan anak saya, Norlina Ramli akibat kanser. Semoga anakku ditempatkan di antara orang-orang beriman, aamiin," titipnya di Facebook.

Memetik portal berita tempatan, Norlina, 57, yang meninggal dunia akibat kanser usus di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan pada 8.05 pagi, Khamis.
Norlina yang menghidap kanser usus difahamkan telah beberapa bulan menerima rawatan di hospital.
"Penyakit kanser ususnya juga dilaporkan sudah merebak dalam badan. Jadi, doktor pun sudah tidak boleh melakukan apa-apa rawatan lagi.

"Maka, pemergian arwah bukan satu kejutan. Saya memang sudah bersedia dan reda sahaja," katanya kepada Harian Metro.
Jenazah Allahyarham Norlina selama dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Ulu Klang.
Pemergian Norlina meninggal seorang cahaya mata lelaki.
Sumber: Harian Metro
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
