Ibu Ida Nerina, Marina Md Yusoff meninggal dunia pada usia 84 tahun

A
A
A

IBU kepada pelakon Ida Nerina, Datuk Marina Md Yusoff menghembuskan nafas terakhir pada Rabu akibat sakit tua.

Allahyarham Marina, 84, yang juga bekas ahli politik dan usahawan meninggal dunia pada jam 5.16 petang di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Berita duka itu dikongsikan oleh Ida Nerina, 62, ketika dihubungi Astro AWANI.

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga," kata pelakon Layar Lara dan Gubra itu.

Difahamkan, jenazah Marina disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sekadar rekod, Allahyarham Marina merupakan bekas  majistret dan peguam yang aktif dalam dunia politik tanah air.

Marina juga mencipta nama sebagai usahawan dan terlibat dalam dunia korporat. 

Sumber: Awani

 

Artikel Berkaitan:

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang