Aeril Zafrel dedah kos kahwin RM5,500 undang perhatian warganet. 'Bukti kahwin ringkas tapi tengok sekarang hidup kaya raya'

No Image Caption
A
A
A

USAHAWAN dan pelakon terkenal, Aeril Zafrel, menjadi perhatian warganet selepas mendedahkan kos perkahwinannya dengan Wawa Zainal.

Menjawab pertanyaan warganet mengenai kos perkahwinan yang diajukan pengguna Threads, pemilik nama Suhairil Sunari, 37, itu sempat mengenang perkahwinannya pada tahun 2013.

"Yang sudah kahwin sahaja stay. Berapa kos kalian habis untuk wedding," tanya akaun _ayana.ya.

Sementara itu, Aeril pula menjawab pada untaian berkenaan "RM5500. RM5,000 duit hantaran, RM500 untuk doa selamat."

Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji Aeril dan Wawa yang bersederhana dan menerima antara satu sama lain seadanya. 

No Image Caption

"Bukti kahwin ringkas dan sederhana tapi tengok sekarang hidup kaya raya."

"Steady Aeril, sampai sekarang elok sahaja family. Berkat."

"Ini abang kahwin belum berjaya macam sekarang. Kalau sekarang mesti bajet abanglebih daripada itu."

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Aeril atau sebenarnya Suhairil Sunari, 37, dan Wawa Zainal, 34, berkahwin pada tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 13, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 11, Ayya Sofia, 6, dan Muhammad Fahri, 5.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang