Detik manis Eyka Farhana & Akhyar Rashid, majlis gender reveal dedah bakal timang anak lelaki
VIDEO memaparkan majlis mendedahkan jantina anak sulung pelakon popular, Eyka Farhana menjadi perhatian.
Momen penuh bahagia itu memaparkan Eyka dan suami, Akhyar Rashid menyemburkan semburan pewarna biru menandakan cahaya mata lelaki.
Warga maya teruja dengan perkongsian berkenaan dan mengucapkan tahniah buat Eyka dan Akhyar.

"Yay! It's a boy."
"Footballer coming soon."
"Tahniah bakal mama"
Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, terdahulu berkongsi berita kehamilannya pada Februari lalu.
Untuk rekod, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
