Isu kos hidup dan harga minyak naik, Zoey Rahman cuba aktiviti baharu – 'Saya belum tinggalkan dunia seni'
NAMA Zoey Rahman bukan asing dalam dunia lakonan tempatan, malah wajahnya sering menghiasi drama sebelum ini.
Namun kebelakangan ini, jarang kelihatan kelibatnya dalam bidang lakonan sehinggakan timbul pula dia sudah meletakkan noktah dalam kerjaya sebagai anak seni.
Menjelaskan keadaan sebenar, Zoey atau nama sebenarnya Mohd. Hairey Azhar Abd Rahman mengakui belum bersara dalam bidang lakonan.
Cuma langkahnya kini menghala ke bidang baharu iaitu trading patuh syariah yang diceburinya secara fleksibel.

Menurutnya, pembabitan dalam bidang tersebut tidak pernah menggugat komitmennya sebagai anak seni kerana kedua-duanya boleh diuruskan selari dengan jadual harian yang tersusun.
“Kita buat trading di mana-mana dan bila-bila masa. Secara peribadi, saya bahagikan masa untuk trading waktu pagi sampai tengah hari dalam tujuh pagi sampai 12 tengah hari.
“Kemudian waktu malam pukul tujuh petang sampai 11 malam. Contohnya kalau waktu saya shooting, bila-bila sahaja saya boleh semak dan uruskan trading walaupun di set penggambaran.
“Kerja ini tidak mengganggu kehidupan normal kita. Sekarang banyak benda kita boleh buat guna telefon bimbit,” katanya lagi pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Prediktable Circle baru-baru ini.
Pada majlis sama, pelakon drama Friday I’m In Love turut diumumkan sebagai rakan strategik kepada akademi berkenaan yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu.
Sementara itu, pihak Prediktable menjelaskan bahawa syarikat berkenaan ditubuhkan oleh pengasas dikenali sebagai Kaktie bersama beberapa pengasas bersama lain termasuk Umair Azman, Nazrul Hakiim dan Akram Ghani.

Menurut Kaktie atau nama sebenarnya Hasmawatie, masih ramai yang keliru dan menyamakan futures trading dengan forex, sedangkan kedua-duanya adalah instrumen berbeza.
“Ramai yang tanya sama ada futures trading ini forex atau tidak. Jawapannya bukan. Ia adalah instrumen yang berbeza,” jelasnya.
Tambahnya lagi, futures merujuk kepada kontrak kewangan untuk membeli atau menjual aset pada masa hadapan, melibatkan komoditi seperti emas, minyak dan gas.
Mengulas keadaan ekonomi global yang tidak menentu, Zoey melihat ia sebagai cabaran yang juga membuka ruang peluang baharu untuk diteroka.
“Saya lihat situasi sekarang memang banyak ketidaktentuan seperti konflik dunia dan kenaikan harga minyak. Jadi saya rasa ini masa yang sesuai untuk lebih cakna dan cuba sesuatu yang baru,” ujarnya.

Pendapat itu turut dikongsi pengasas bersama Umair Azman yang berpendapat setiap krisis ekonomi biasanya hadir bersama peluang tersendiri.
“Bila harga minyak naik, ada ruang untuk kita manfaatkan dalam pasaran. Setiap krisis sebenarnya ada peluang,” katanya.
Dalam masa sama, Zoey menegaskan bahawa fokus utamanya tetap pada dunia lakonan yang telah membina namanya selama ini, manakala bidang baharu ini hanya sebagai cabang tambahan dalam perjalanan kerjaya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

