Tak Sangka! Teh tarik & onde-onde masuk game antarabangsa, CookieRun: OvenSmash angkat makanan Malaysia ke pentas dunia

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka dua ikon rasa Malaysia, teh tarik dan onde-onde kini 'naik level' ke pentas antarabangsa apabila muncul dalam arena permainan antarabangsa menerusi CookieRun: OvenSmash.

Ini merupakan satu perkembangan yang bukan sahaja mengejutkan, malah membanggakan.

Permainan tersebut dibangunkan oleh Devsisters, studio Korea yang terkenal dengan francais CookieRun yang telah mencipta fenomena sejak 2009.

No Image Caption

Dengan lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia, jenama ini turut pernah bekerjasama dengan nama besar seperti BTS dan produksi Wicked.

Terbaharu, CookieRun: OvenSmash dilancarkan sebagai permainan aksi berbilang pemain masa nyata dan mencatat lebih satu juta muat turun dalam tempoh tiga hari selepas pelancarannya pada Mac 2026. Ia kemudian pantas naik carta popular di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

No Image Caption

Kini, permainan ini diperluaskan ke Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Macau bermula 23 April dengan muat turun percuma ditawarkan kepada pemain.

Sentuhan autentik

Menariknya, pelancaran serantau tersebut turut membawa elemen yang lebih dekat dengan budaya tempatan melalui item kosmetik khas. Untuk Malaysia dan Singapura, teh tarik dan onde-onde dipilih sebagai inspirasi utama.

No Image Caption

Rekaan teh tarik dalam permainan ini menampilkan gaya pembungkusan ikat tepi yang sinonim dengan minuman di gerai tempatan, lengkap dengan tali berwarna yang memberi sentuhan autentik kepada minuman kegemaran rakyat Malaysia itu.

No Image Caption

Sementara itu, inde-onde diolah dengan inspirasi daun pandan dan inti gula melaka, dijadikan aksesori dalam permainan yang mengekalkan identiti kuih tradisional dalam bentuk yang lebih moden dan kreatif.

Sejak pra-pendaftaran dibuka pada Mac lalu, lebih satu juta pemain dari rantau ini telah mendaftar, menunjukkan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap permainan ini.

Sebagai tanda penghargaan kepada pemain, item kosmetik bertemakan teh tarik turut diberikan secara percuma kepada semua pemain di Asia Tenggara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang