Sekali lafaz Radin sah suami Nur Amirah, mas kahwin RM15,020.26 jadi simbolik cinta

No Image Caption
A
A
A

PENYAMPAI radio Era, Radin selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Amirah dalam upacara ijab kabul sebentar tadi.

Radin atau nama penuhnya Radin Amir Affendy bin Ahmad Aruani, 36, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan.

No Image Caption

Dalam acara di di Ukay Hills - Private Event Estate & Lifestyle Suites, Radin menyerahkan RM15,020.26 kepada pengantin perempuan manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Terdahulu, menerusi Instagram, penyampai yang mengendalikan 3 Pagi ERA itu memuat naik gambar bersama seorang wanita dengan kapsyen Rahsia Tuhan dan berseloroh akan meletakkan jawatan Presiden Single ERA.

No Image Caption

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Nabil Ahmad, Bella Astillah, Irfan Haris, Nabila Razali dan Tasha Manshahar.

Pasangan mempelai dan tetamu yang hadir dilihat menggayakan pakaian berona putih sebagai tema majlis pernikahan tersebut.

Tahniah diucapkan buat Radin dan Nur Amirah daripada SinarPlus.

Artikel Berkaitan:

Sumber: Instagram Era

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang