'Alhamdulillah.' Tomok & isteri bakal tunai haji

No Image Caption
A
A
A

PENYANYITomok dan isterinya, Ayu Abas bakal berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadat haji.

Berkongsi video memaparkan sedang menyertai kursus haji bersama isterinya Ayu Abas, pemilik nama Shah Indrawan Ismail, 42, berkongsi kapsyen pendek bakal menunaikan rukun Islam kelima.

No Image Caption

"Alhamdulillah," titipnya.

Menerusi hantaran Azlee Senario, pelawak itu memuat naik foto majlis doa selamat sebelum berlepas ke Tanah Suci esok.

"Menghadiri majlis doa selamat Tomok dan isterinya yang akan berangkat menunaikan fardu haji pada 7 Mei 2026. 

"Semoga Tomok dan isteri mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan balik dan dipermudahkan segala urusan di sana, aamiin," kongsinya.

Foto: Ihsan Azlee Senario Chanel
Foto: Ihsan Azlee Senario Chanel

Warganet mendoakan agar perjalanan ibadah haji pasangan tersebut berjalan lancar dan beroleh haji yang mabrur.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, belum ada perkongsian lanjut daripada vokalis New Boyz berkenaan.

Sekadar info, penerbangan pertama yang membawa kumpulan jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1447H/2026M  berlepas ke Jeddah pada 18 April 2026 lalu manakala penerbangan terakhir pada 20 Mei ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang