Elyana jalani kemoterapi kelapan. 'Jiwa sudah menyerah, raga tetap berjuang'

No Image Caption
A
A
A

HANTARAN media sosial penyanyi dan pelakon Elyana menjadi perhatian ramai selepas memuat naik hantaran yang meruntun hati.

Dia yang kini sedang menerima rawatan kemoterapi kelapan susulan kanser limfoma yang dihidapinya.

Selain memuat naik foto dirinya sedang dirawat, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu berkongsi luahan tentang keadaan emosi yang sedang dialami sepanjang melalui fasa rawatan tersebut.

“Jiwanya sudah lama menyerah, tetapi raganya masih tetap berjuang,” kongsinya.

Pelantun Diriku Tapak Sulaiman dan Kalis Rindu itu meluahkan kata-kata menyentuh hati mengenai keletihan emosi yang dipendam selama ini.

"Aku tidak sekuat ini, aku tidak seceria itu.

"Aku tidak sesabar itu dan aku tidak boleh terus berpura-pura.

"Aku juga manusia sama seperti kamu.

"Bolehkah sesekali aku menangisi semua hal-hal berat yang terjadi di hidupku?" kongsinya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Hantaran tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat dan rakan selebriti yang tidak putus-putus menitipkan doa serta kata-kata semangat buat Elyana agar terus kuat menjalani rawatan.

Ramai turut memuji ketabahan penyanyi berusia 39 tahun itu yang selama ini dilihat sentiasa positif walaupun berdepan ujian kesihatan yang berat.

"Kamu adalah orang yang paling kuat yang aku pernah jumpa. Keep strong, will always pray for you."

"Sabar kakakku sayang . Kami sentiasa mendoakanmu, fighting gurl, you can do it."

"Terus kuat Elyana..kami doakan."

"Menangislah jika ia boleh mengurangkan sedikit lelah walau tidak akan mengurangkan beban. Ambil masa untuk menangisi dan merasai kesedihan. Tapi jangan lama-lama ya. I feel you. Kita sama sama pejuang tahap empat." 

Terdahulu, Elyana yang mendedahkan dirinya sebagai penghidap kanser limfoma tahap empat ketika menyertai program Gegar Vaganza pada 2017.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang