Warisi aura & bakat, anak Tiara Jacquelina, Mila Mohsin sambung legasi Puteri Gunung Ledang

No Image Caption
A
A
A

ANAK sulung pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina Eu Abdullah iaitu Mila Mohsin terpilih untuk memegang watak ikonik Puteri Gunung Ledang dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical Oktober ini.

Watak terakhir PGL The Musical itu dikongsikan oleh Instagram rasmi teater berkenaan, sekali gus menjawab teka-teki peminat berkenaan pemeran Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah yang kedua.

"Ada legenda yang dikenang. Ada juga yang diwariskan. Hari ini, kami memperkenalkan puteri terakhir kami.

"Seseorang yang telah membesar dalam 'dunia' Puteri Gunung Ledang dan menyaksikan muzik, pengorbanan, kerinduan dan magisnya jauh sebelum melangkah masuk ke dalam kisah ini sendiri.

"Detik ini bukan sekadar memperkenalkan generasi baharu, ia tentang legasi. Keturunan dan pewarisan sebuah dunia yang telah hidup dalam hati penonton selama lebih dua dekad.

No Image Caption

"Untuk musim baharu PGL ini, kami tahu bahawa jika legenda ini mahu terus hidup melangkaui kami. Ia memerlukan jiwa-jiwa baharu yang bersedia membawa semangatnya ke masa hadapan," kongsinya.

Mila atau nama penuhnya Hani Karmila menerusi Instagram dilihat sempat kolaborasi video bersama pemegang watak Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah yang pertama.

Terdahulu, pihak produksi turut mengumumkan kelainan untuk pementasan kali ini apabila bakal menampilkan dua watak Puteri Gunung Ledang dan dua pelakon bagi karakter Bayan.

Artikel Berkaitan:

Pelakon berusia 30 tahun itu merupakan anak Tiara daripada perkahwinan pertamanya dengan pelakon, pengacara dan penerbit Allahyarham Hani Mohsin.

Terdahulu, penyanyi Mimi Fly dan aktres Nadiah Aqilah diumumkan untuk memegang watak Bayan.

Aktor Luqman Hafidz pula pemain watak Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim memegang peranan sebagai Gusti Adipati.

Sekadar info, Puteri Gunung Ledang Muzikal pernah dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2006, diikuti oleh dua lagi penerbitan dan pementasan ketiga pada Februari 2009.

Tiara dan dan Stephen Rahman-Hughes membintanginya sebagai Gusti Putri dan Hang Tuah untuk semua pementasan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang