Produk kesihatan halal jadi pilihan, VitaHealth tawar kualiti bertaraf premium
Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan produk kesihatan halal dan selamat semakin meningkat apabila pengguna kini lebih teliti memilih suplemen yang bukan sahaja berkesan, malah diyakini dari aspek kebersihan, ketelusan dan integriti pengeluarannya.
Seiring perkembangan itu, jenama suplemen kesihatan terkenal, VitaHealth melancarkan kempen "Pilih Halal, Pilih VitaHealth" sebagai usaha memperkukuhkan keyakinan pengguna terhadap rangkaian produk kesihatan premium yang diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth (Malaysia & Singapura), Dr KS Beh berkata, kempen itu bukan sekadar inisiatif pemasaran, sebaliknya mencerminkan komitmen syarikat dalam memastikan setiap produk yang ditawarkan memenuhi piawaian halal yang ketat dan diyakini pengguna.

Menurut beliau, pematuhan standard halal dilaksanakan secara menyeluruh bermula daripada pemilihan bahan mentah, formulasi, proses pembuatan, pembungkusan sehingga ke aspek logistik.
"Halal bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi ia juga menjadi penanda aras global dalam aspek keselamatan, kebersihan, ketelusan dan kawalan kualiti produk.
"Standard ini memberi keyakinan bukan sahaja kepada pengguna muslim, malah seluruh rakyat Malaysia yang mengutamakan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan," katanya ketika ditemui pada pelancaran kempen tersebut yang berlangsung di Atas Cafe di sini pada Rabu.

Majlis berkenaan disempurnakan bersama Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia, Foo Hwei Jiek dan turut diserikan dengan kehadiran penyanyi dikir barat Kelantan, Mohamad Hafizzudin Md Yusof atau lebih dikenali sebagai Deen Manjo serta pendakwah, Mualim Muda Shamsul Aiman.

Menurut beliau, pengiktirafan yang diterima VitaHealth menerusi Anugerah Platinum SOBA Best Halal Product baru-baru ini turut mengukuhkan lagi kredibiliti jenama tersebut dalam industri kesihatan tempatan.
Ujarnya, pengiktirafan itu menjadi bukti komitmen berterusan syarikat dalam memastikan aspek keselamatan, ketelusan dan integriti sentiasa menjadi keutamaan dalam penghasilan produk suplemen kesihatan mereka.

Beliau memberitahu, dengan pengalaman lebih 70 tahun dalam industri, VitaHealth terus menawarkan rangkaian lengkap suplemen kesihatan yang diperakui halal oleh Jakim bagi memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat dan gaya hidup pengguna moden.
Dalam pada itu, katanya, kerjasama strategik bersama Watsons Malaysia dijangka memudahkan pengguna mendapatkan produk suplemen halal premium di seluruh negara.

"Permintaan terhadap produk kesihatan halal kini menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila pengguna semakin peka terhadap aspek keselamatan dan kandungan sesuatu produk," katanya
Sementara itu, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pihaknya komited menyediakan persekitaran peruncitan yang dipercayai dengan mengutamakan kualiti, ketelusan dan keyakinan pengguna.
Menurut beliau, kerjasama bersama VitaHealth mencerminkan tanggungjawab bersama dalam menyediakan penyelesaian kesihatan bersijil halal yang mudah diperoleh dan memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berkembang.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan jenama yang mengekalkan piawaian pematuhan tinggi sambil menyokong komuniti yang lebih sihat.
"Kini, rangkaian suplemen VitaHealth yang diperakui halal boleh didapati di cawangan Watsons seluruh negara bagi memastikan rakyat Malaysia terus mendapat akses kepada produk kesihatan premium dan diyakini dalam usaha menjaga kesejahteraan harian mereka," katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

