Niat nak kembalikan keyakinan anak kena ejek, ibu ini tak sangka produk rekaan sendiri raih anugerah, sedia tembusi pasaran Asia

No Image Caption
A
A
A

LAMABAKAN produk kecantikan di pasaran kadangkala boleh membuatkan sesiapa sahaja rambang mata. 

Namun, di sebalik visual kulit yang sempurna dan pembungkusan yang estetik, sebuah jenama yang baik selalunya bermula daripada sebuah cerita yang dekat dengan hati. 

Bagi jenama tempatan Bartech Beautee, inspirasi mereka bukan sekadar mahu mengikut trend, tetapi lahir daripada naluri seorang ibu yang mahu mengembalikan senyuman dan keyakinan diri si anak.

Segalanya bermula apabila Pengasas dan Pengarah Bartech Empire, Nurul Adlinna Mohammad Bakri, 39, menyedari perubahan emosi anak sulungnya selepas mereka sekeluarga berpindah dari Kajang ke Rawang. 

Kata-kata kurang menyenangkan daripada rakan sekolah mengenai warna kulit emosional remaja tersebut sehingga dia berubah menjadi pendiam dan hilang keyakinan diri. 

Malah, situasi itu mendorong anaknya mencari pelbagai produk di media sosial demi mendapatkan kulit yang lebih cerah. 

Risau melihat keadaan tersebut, Adlinna mengambil inisiatif bekerjasama dengan seorang ahli kimia bagi menghasilkan formulasi produk yang lebih selamat dan sesuai digunakan. 

No Image Caption

Selepas diuji sendiri, produk berkenaan diberikan kepada anaknya sebelum ia mula mendapat perhatian positif daripada pelajar dan guru di sekolah.

"Setiap produk yang diperkenalkan telah melalui proses penyelidikan dan pemilihan bahan secara teliti bagi memastikan ia sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna. 

"Wanita hari ini bukan sahaja mencari produk kecantikan yang berkesan, tetapi juga mahu jenama yang memahami keperluan gaya hidup mereka. 

"Kami mahu tampil sebagai jenama yang dekat dengan pengguna serta memberi pengalaman penjagaan diri yang lebih menyenangkan," kata Adlinna yang menekankan aspek kecantikan luaran, keyakinan diri, dan gaya hidup sihat yang selari dengan permintaan semasa.

Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2023, jenama ini pantas mencuri perhatian pengguna, khususnya dalam kalangan generasi muda di platform TikTok yang sangat peka terhadap penjagaan diri. 

Menyedari keperluan pengguna moden yang mahukan sesuatu yang praktikal dan efisien, Bartech Beautee melangkah setapak lagi dengan mengintegrasikan elemen teknologi dalam reka bentuk perkhidmatan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Bartech Empire, Shaharuddin Karim, 44, berkongsi a mereka bakal memperkenalkan aplikasi sistem Bartech to AI yang memudahkan pengguna melakukan imasan kulit wajah secara dalam talian terus melalui laman web mereka. 

Menjimatkan masa dan kos

Menurutnya, sistem AI ini membantu para pelanggan mengimbas kulit tanpa perlu pergi ke pusat kecantikan secara fizikal. 

Di samping menjimatkan masa dan kos, sistem tersebut juga disifatkan lebih fleksibel dan efektif bagi membantu pelanggan mengenal pasti keperluan kulit mereka sebelum mendapatkan produk yang tepat.

Langkah inovatif ini membuktikan komitmen jenama tersebut untuk terus bersaing secara sihat dalam industri kecantikan tempatan yang semakin kompetitif. 

No Image Caption

Usaha keras mereka bukan sahaja membuahkan hasil dari segi kepercayaan komuniti digital, malah turut mendapat pengiktirafan rasmi industri.

Antaranya, pengiktirafan dalam Anugerah Bumiputera Bestbrands 2026 bagi kategori Consumer Cosmetics serta Anugerah The BrandLaureate Bumiputera Brandleadership Award Beauty & Cosmetics 2026.

Melihat ke hadapan, jenama tersebut tidak mahu hanya berhenti di pasaran domestik. 

Dedah Shaharuddin, Bartech Beautee kini dalam perancangan aktif untuk menembusi pasaran Indonesia serta bakal menerima pengiktirafan sijil halal daripada JAKIM.

Ini sekali gus memperluaskan lagi akses produk kecantikan yang selamat, berkualiti, dan menyeluruh kepada segmen pengguna yang lebih besar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang