'Menangis depan kereta impian' Izzue Islam terharu isteri hadiahkan Nissan GT-R sempena ulang tahun ke-36 & anniversary ke-13

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan pengacara Izzue Islam tidak dapat menahan sebak apabila menerima hadiah istimewa daripada isterinya, Awin Nurin, berupa sebuah Nissan GT-R R35 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Lebih istimewa lagi, 2 Jun merupakan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13.

No Image Caption

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan menerima kejutan apabila sebaik sebuah trak pameran lut sinar yang membawa 'super car' berona putih berkenaan tiba di lokasi sambutan ulang tahunnya itu.

No Image Caption

Artikel berkaitan:

Izzue dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan sebak sebaik melihat 'isi' trak berkenaan yang turut dihiasi riben serta belon.

Dalam video yang dimuat naik, bekas penyanyi Forteen itu dan isteri berpakaian sedondon biru putih merakamkan momen manis di hadapan kenderaan berkenaan.

Sekadar info, Izzue dan Awin yang juga pengurusnya diijab kabul dengan pada 2 Jun 2013.

 

Demikian perkongsian pelakon dan hos Izzue Islam tatkala diminta mengulas mengenai isu rakan-rakan artis yang kini sedang ditimpa musibah.

#vvotd #izzueislam #selebriti #pelakon #hos #rumahtangga #SinarPlus #lifestylesinarharian">

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang