'Aslam dan Marissa bukan lagi suami isteri' - Peguam

No Image Caption
A
A
A

PEMPENGARUH Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam bukan lagi suami isteri.

Hal berkenaan didedahkan peguam mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser kepada media.

"Aslam dan Marissa bukan lagi suami isteri," kongsinya.

No Image Caption

Menurutnya lagi, anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu dan telah melafazkan lafaz cerai serta rujuk terhadap Marissa sebanyak dua kali.

Pertama adalah pada September 2024 dan pasangan berkenaan kembali rujuk pada bulan sama.

No Image Caption

Ahmad Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan rujuk dua bulan kemudian.

Marissa dan Ahmad Aslam terdahulu tiba berasingan di mahkamah dan bapa kepada empat cahaya mata itu mengesahkan tidak lagi sebumbung sepanjang menunggu keputusan mahkamah.

Sekadar info, Marissa yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

Sumber: Ohbulan, Gempak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang