'Nadia Kesuma ahli yang sangat aktif. ' Seniman ziarah pusara tanda penghormatan

No Image Caption
A
A
A

"ALLAHYARHAM Nadia Kesuma kerap terlibat dalam pelbagai acara dan program Seniman dan sangat aktif dalam berpersatuan. Pemergian beliau ke negeri abadi adalah satu kehilangan besar buat warga industri seni tanah air."

Demikian perkongsian  Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah yang menziarahi ke pusara Allahyarham di Jeddah pada 18 Jun lalu.

Dalam pada itu, Hafiz menyifatkan kunjungan tersebut sebagai tanggungjawab moral dan tanda apresiasi tertinggi terhadap dedikasi yang telah dicurahkan oleh Allahyarham.

No Image Caption

Artikel berkaitan:

"Saya mewakili kepimpinan tertinggi Seniman, barisan exco  dan seluruh ahli hadir ke Tanah Perkuburan Dhahban Jeddah, Arab Saudi adalah sebagai tanda ingatan serta penghormatan Seniman terhadap segala usaha dan pengorbanan arwah bersama Seniman selama ini," kongsinya.

Terdahulu, Allahyarham Nadia Kesuma atau nama sebenarnya  Nadiah Kasumawati Abdul Karim hilang pada 15 Januari 2026 selepas didapati meninggal dunia akibat sakit jantung.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah. Pemergian Allaharyam meninggalkan tiga cahaya mata berusia antara 11 hingga 15 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang