Sempena hari lahir anak, Bella Astillah kongsi momen Syed Saddiq minta 'restu' untuk kahwin bikin sebak - 'Saya sayang ibu awak...'

No Image Caption
A
A
A

PERKONGSIAN penyanyi Bella Astillah mengenai sambutan ulang tahun anak-anaknya bukan sekadar meraikan hari lahir, malah menjadi satu momen yang sangat peribadi dan penuh makna buat keluarga kecil mereka.

Video yang dirakam pada November lalu itu bukan sahaja merakam kenangan manis bersama dua permata hatinya, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, tetapi juga menjadi saksi kepada satu perbualan jujur yang bakal membawa lembaran baharu dalam hidup mereka.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Bella mengakui bulan Julai sentiasa menjadi bulan yang paling istimewa buat dirinya kerana kedua-dua cahaya mata kesayangannya menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan tersebut.

"Julai akan sentiasa menjadi bulan yang istimewa buat saya, kerana ia adalah bulan saya meraikan dua rahmat terbesar saya, Ayden dan Ara," tulisnya dengan penuh rasa syukur.

No Image Caption

Ayden kini genap berusia sembilan tahun pada hari ini, 8 Julai, manakala Ara pula bakal menginjak ke usia enam tahun pada 18 Julai nanti. Melihat kalian berdua membesar merupakan perjalanan yang paling indah dalam hidup ibu.

"Sebagai seorang ibu, apa yang sentiasa ibu doakan adalah agar anak-anak ibu membesar dengan penuh kasih sayang, kebaikan, dan kebahagiaan di sekeliling mereka. Dan hari ini, ibu sangat bersyukur kepada setiap insan yang telah membantu menjadikan dunia mereka sedikit lebih cerah! Syukur alhamdulillah

"Buat Ayden dan Ara kesayangan ibu, selamat hari lahir, sayang-sayang semua. Semoga kalian berdua sentiasa tahu betapa mendalamnya diri kalian disayangi, betapa berharganya kalian, dan betapa besarnya kebahagiaan yang kalian bawa ke dalam hidup kami.

"Kalian adalah jantung hati ibu, kekuatan ibu, dan selamanya kesayangan ibu," ungkap Bella penuh tulus.

Lebih mengundang perhatian, video berdurasi beberapa minit itu turut memaparkan momen menyentuh hati apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkongsi hasratnya kepada Ayden dan Ara untuk melamar Bella sebagai isteri.

No Image Caption

Dengan penuh tenang, beliau menjelaskan bahawa rasa kasihnya terhadap Bella bukan sekadar sebagai seorang sahabat, sebaliknya mahu membina sebuah keluarga bersama mereka.

"Awak tahu yang saya sayang ibu awak kan.Sebesar mana yang awak rasa saya sayang ibu awak? Apabila saya sayang ibu awak, ia tidak boleh hanya sekadar kawan saja.

"Saya sayang ibu awak lebih daripada seorang kawan. Saya rancang tahun hadapan (Februari 2026) saya nak melamar ibu awak dan saya akan bertunang dengan ibu awak. Ibu awak sayang kedua-dua awak lebih dari segalanya.

"Disebabkan itu, apabila saya sayang ibu awak, saya juga perlu minta izin sebab saya mahu awak berdua dalam hidup saya sebagai keluarga," jelas Syed Saddiq dengan penuh keikhlasan.

Penghargaan buat tunang

Reaksi kedua-dua beradik itu turut mencuri perhatian ramai. Ayden dilihat begitu teruja dan gembira mendengar penjelasan tersebut, manakala Ara yang masih kecil kelihatan sedikit keliru dengan situasi itu.

Menyedari perkara tersebut, Syed Saddiq mengambil pendekatan yang cukup manis apabila sanggup melukis untuk membantu Ara memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.

Tindakan spontan itu membuatkan ramai tersentuh kerana ia menggambarkan kesungguhannya untuk mendekati anak-anak Bella dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Di penghujung kapsyennya, Bella menitipkan penghargaan buat tunangnya itu yang sentiasa hadir dalam kehidupan Ayden dan Ara dengan kasih sayang yang tulus.

No Image Caption

"And kepada tunang saya, Syed Saddiq, terima kasih kerana sentiasa ada untuk mereka dengan penuh keikhlasan, kesabaran, dan kasih sayang.

"Kebahagiaan yang awak bawa dalam hidup mereka adalah sesuatu yang akan sentiasa saya syukuri," ujarnya.

Ruangan komen pula dibanjiri ucapan ulang tahun buat Ayden dan Ara, selain ramai warganet mengakui mereka turut sebak menyaksikan detik penuh kasih sayang tersebut.

Bagi ramai pihak, video itu bukan sekadar kenangan sebuah sambutan hari lahir, tetapi turut menggambarkan bagaimana sebuah keluarga dibina dengan rasa hormat, keikhlasan dan kasih sayang yang merangkumi setiap hati di dalamnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang