'Terima kasih adik tolong mama...' - Momen manis Marissa Dania bersama Abby Abadi raih perhatian, tepis dakwaan gaduh

No Image Caption
A
A
A

HUBUNGAN ibu dan anak ibarat air yang dicincang tidak akan putus.

Selepas hebat diperkatakan mengenai dakwaan kononnya wujud 'perang dingin', pelakon dan penyanyi, Abby Abadi membuktikan ikatan kasih sayangnya dengan anak perempuan, Marissa Dania Hakim tetap utuh dan erat.

Terbaharu, tular momen manis dua beranak ini meluangkan masa bersama menikmati hidangan di sebuah restoran pada Rabu lepas.

Kehadiran mereka sekali gus menepis segala spekulasi liar netizen mengenai dakwaan keretakan hubungan kekeluargaan itu.

Menerusi hantaran yang dikongsi oleh rakan karib Abby, Farah Idayu di Instastory, Abby dan Marissa dilihat cukup mesra duduk bersebelahan sambil merakam video makanan kegemaran mereka.

Malah, Abby turut memuat naik semula hantaran tersebut dengan titipan ringkas namun penuh makna.

"Terima kasih adik, datang tolong mama."

Demikian titipan ringkas tapi penuh makna Abby sambil memetik akaun Instagram Marissa.

Turut memeriahkan pertemuan santai tersebut ialah rakan artis yang juga ahli kumpulan Elite, Azza.

Enggan membiarkan netizen terus membuat spekulasi sendiri, Abby tampil membuka mulut bagi menjernihkan keadaan di ruangan komen sebuah ciapan warganet.

Jelas bekas anggota kumpulan Elite ini, tiada sebarang sengketa yang berlaku antara dirinya dengan anak keduanya itu.

Jelasnya lagi, hantaran yang dimuat naik sebelum ini sebenarnya ditujukan kepada pihak luar yang gemar mencampuri urusan mereka, bukannya untuk Marissa.

"Saya tak gaduh pun dengan anak saya. Saya tuju hari tu untuk mereka, bukan untuk Marissa.

'Kalau baca betul-betul mesti faham," ujar Abby bagi menjelaskan situasi sebenar.

Sebelum ini, netizen mula membuat spekulasi selepas mendapati Abby tidak hadir ke majlis hari lahir Marissa, selain beberapa hantaran luahan perasaan yang dimuat naik di media sosial masing-masing.

Bagaimanapun, pertemuan manis yang penuh dengan aura positif ini nyata melegakan hati peminat.

Rata-rata warga maya tumpang gembira melihat kebahagiaan dua beranak ini dan mendoakan agar hubungan mereka kekal harmoni serta dilindungi daripada segala fitnah.

Indah sungguh bila melihat ikatan kekeluargaan kembali bertaut rapat, semoga momen-momen manis seperti ini terus mewarnai kehidupan Abby Abadi sekeluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang