'Dia jujur, baik & amanah' - Bella Astillah tertarik layanan Syed Saddiq kepada keluarga, ibu bapa ucap terima kasih doa rakyat Malaysia

Foto: Ihsan Sinar Harian (Asril Awandi)
Foto: Ihsan Sinar Harian (Asril Awandi)
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah menyenangi sifat tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menyifatkan Ahli Parlimen Muar itu sebagai seorang yang baik, Bella atau nama penuhnya Nama penuh Bella Astillah ialah Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah mendedahkan karakter Syed Saddiq sepanjang tempoh perkenalan mereka.

"Yang penting Bella nampak cara layanan dia (Syed Saddiq) terhadap orang tua dan keluarganya.

Foto: Ihsan Sinar Harian (Asril Awandi)
Foto: Ihsan Sinar Harian (Asril Awandi)

"Bella lihat dia sangat jujur, baik, dan amanah. Itu sepanjang perkenalan saya dengan dia. Selebihnya nanti, kita kongsikan dengan lebih lanjut. Terima kasih doakan," tutur Bella.

Sementara itu, ibu Syed Saddiq , Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia susulan keputusan mahkamah yang memihak kepada anaknya.

Foto: Ihsan Sinar Harian (Asril Awandi)
Foto: Ihsan Sinar Harian (Asril Awandi)

Menerusi video tular, ibu kepada empat cahaya mata itu tidak dapat menahan rasa sayu dan terus menzahirkan rasa kesyukurannya

"...kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan anak saya. Saya ucapkan terima kasih, dan mudah-mudahan ini menjadi satu pengajaran bagi anak-anak muda, pejuang untuk kebenaran," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

Foto: Ihsan Sinar Harian (Asril Awandi)
Foto: Ihsan Sinar Harian (Asril Awandi)

Sementara itu, bapanya, Syed Abdul Rahman turut berkongsi rasa gembira dan lega. 

"Assalamualaikum. Tiada apa yang abuya nak ucapkan dengan hati yang penuh gembira. Amat-amat gembira, insya-ALLAH. Yang penting abuya nak ucapkan kepada ALLAH SWT.

"Syukur, Alhamdulillah kerana hari yang mulia ini sudah melegakan kita sekeluarga. Amin, amin, Alhamdulilla, syukur kepada ALLAH Yang Maha Esa," kongsinya.

Ahli Parlimen Muar itu terdahulu diputuskan  kekal dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sumber: Instagram, 2

 

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang