Perbualan Jayden dan Noor Nabila soal solat dan masjid tular, telatah si kecil mencuit hati – 'Dah tertinggal jauh dah baby'
GELAGAT bersahaja anak selebriti popular, Jebat Jayden, sekali lagi mencuri tumpuan netizen sehinggakan ada yang kering gusi melihat telatah spontannya melayan pertanyaan si ibu, Nabila.
Menerusi satu perkongsian video yang tular, Jebat dilihat begitu selamba memberikan alasan tersendiri apabila ditanya mengapa dia tidak ke masjid seperti sepupunya, Bilal.
Dalam perbualan yang mencuit hati itu, Jebat dengan penuh yakin menyatakan bahawa Bilal ke masjid kerana ibu bapa sepupunya itu merupakan pasangan ustaz dan ustazah.
Apabila Nabila membalas semula dengan mengatakan bahawa walaupun mereka orang biasa, Jebat tetap boleh menjadi ustaz, kanak-kanak bijak itu terus memberikan jawapan yang membuatkan ibunya tergamam.
"Dah tertinggal jauh dah baby ni. Nak buat macam mana? Baby cakap bagus saya pergi masjid.
"Solat kat rumah lagi bagus," luah Jebat berseloroh yang menganggap dirinya sudah terlambat untuk mengejar waktu ke masjid.

Siapa ajar you?
Lantas, jawapan si kecil itu mendapat reaksi daripada ibunya.
"Sapa ajar you?" tanya Nabila sambil tertawa kecil.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan bersahaja dan pemikiran luar kotak yang dipamerkan oleh Jebat. Ramai yang memuji kebijakannya bercakap walaupun usianya masih kecil, malah ada yang sempat berseloroh mengusik alasan 'tertinggal jauh' yang diberikan oleh Jayden seolah-olah dirinya sudah terlalu tua.
"Dah lambat dah mommy, dah tertinggal jauh kan baby. Ya ALLAH baby so kelakar! Kenapa awak bijak sangat, comel lah.
"Orang laki solat dekat masjid Baby Jebat Jayden, macam kesian dia cakap dah tertinggal baby ni padahal dia bijak juga. "
"Kelakar pun ya cara random dia, moga jadi anak soleh," tulis sebahagian netizen yang membanjiri ruangan komen.
Dalam pada itu, netizen turut sempat mengusik nama 'Jebat' yang sinonim dengan watak pahlawan, sambil berseloroh nasib baik kanak-kanak itu tidak menjawab Bilal memang sesuai ke masjid manakala Jebat pula sesuai ke gelanggang silat.
Rata-rata peminat mendoakan agar Jebat membesar menjadi anak yang soleh dan berharap agar dia dapat mengikut jejak langkah Bilal ke masjid bersama-sama selepas ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
