Tubuh cepat letih, sakit sendi atau sukar pulih? Kenali terapi cahaya merah PBM yang bantu sokong pemulihan tubuh
DALAM kehidupan serba pantas hari ini, ramai mula mencari pendekatan kesihatan yang bukan sahaja merawat masalah sedia ada, tetapi turut membantu tubuh kembali bertenaga dan berfungsi dengan lebih baik.
Bagi memenuhi keperluan itu, R3 Wellness by Professor Datuk Dr Alice Micheal hadir sebagai pusat pemulihan dan peremajaan berasaskan pendekatan perubatan yang menggabungkan pengalaman luas dalam bidang perubatan fungsian, kesihatan pekerjaan, sains sukan, terapi regeneratif serta perubatan estetik.
Diasaskan berdasarkan pengalaman lebih 40 tahun pakar berkenaan menerusi jenama Dr Alice Total Wellness, R3 Wellness memberi tumpuan kepada usaha memulihkan keselesaan fizikal, meningkatkan kesihatan serta membantu individu mengekalkan kecergasan pada setiap peringkat usia.
Menurut R3 Wellness, pendekatan rawatan kini semakin berkembang apabila ramai mula memberi perhatian kepada terapi yang kurang invasif dan menyokong proses pemulihan semula jadi tubuh.
Antara teknologi yang semakin mendapat perhatian ialah Photobiomodulation (PBM) Therapy atau terapi cahaya berasaskan panjang gelombang tertentu.
PBM merupakan rawatan tidak invasif yang menggunakan cahaya merah dan inframerah dekat untuk merangsang proses biologi pada tahap sel.
Berbeza dengan laser berintensiti tinggi yang menghasilkan haba untuk memotong atau merosakkan tisu, PBM berfungsi melalui tindak balas fotokimia tanpa haba bagi membantu menyokong fungsi dan pemulihan sel.
Pada tahap sel, terapi ini menyasarkan mitokondria yang dikenali sebagai “pusat tenaga” dalam sel. Tenaga cahaya yang diserap membantu merangsang penghasilan adenosina trifosfat (ATP), iaitu sumber tenaga utama yang digunakan oleh sel untuk berfungsi dan membaiki diri.
Proses ini dipercayai membantu menyokong pembaikan tisu, meningkatkan peredaran darah, mengawal tindak balas keradangan serta mempercepatkan proses pemulihan tubuh.
Menurut pakar, PBM kini semakin diterokai dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan sakit, rehabilitasi, sukan, pemulihan luka, dermatologi dan kesejahteraan menyeluruh.
Walaupun sering disebut sebagai 'terapi cahaya merah', kedua-duanya mempunyai perbezaan. Istilah terapi cahaya merah biasanya digunakan secara umum untuk pelbagai produk dan peranti, manakala PBM merujuk kepada penggunaan cahaya dengan parameter yang lebih terkawal seperti panjang gelombang, dos, intensiti cahaya dan tempoh rawatan berdasarkan pendekatan klinikal.
Antara manfaat PBM yang banyak dikaji termasuk membantu mengurangkan kesakitan otot dan sendi seperti sakit lutut, osteoartritis, sakit leher, bahu serta belakang.
Ia juga digunakan sebagai sokongan dalam pemulihan kecederaan sukan, mengurangkan kesakitan otot selepas aktiviti fizikal dan membantu proses penyembuhan tisu selepas prosedur tertentu.
Selain itu, beberapa kajian turut meneroka potensi PBM dalam membantu mengurangkan keletihan, menyokong fungsi kognitif serta meningkatkan kualiti tidur menerusi pengaruhnya terhadap tenaga sel dan proses keradangan dalam tubuh.
Kebanyakan individu boleh meneruskan aktiviti harian selepas rawatan kerana terapi ini tidak memerlukan tempoh pemulihan yang panjang.
Namun, seperti mana-mana teknologi kesihatan, keberkesanan dan keselamatan rawatan bergantung kepada penggunaan peralatan yang sesuai, pengendalian oleh tenaga terlatih serta protokol yang betul.
Dengan peningkatan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan secara pencegahan, PBM menjadi salah satu pilihan yang semakin mendapat perhatian bagi mereka yang mahu menyokong proses pemulihan tubuh, meningkatkan kualiti hidup dan mengekalkan kesejahteraan dalam jangka panjang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

