'Sudah setahun lebih kami berperang...' - Linda Hashim sah cerai talak tiga dengan Beego

No Image Caption
A
A
A

LEBIH setahun melalui pelbagai episod turun naik dalam rumah tangga, pelakon Linda Hashim mendedahkan ikatan perkahwinannya dengan Beego berakhir secara rasmi.

Pasangan itu dilaporkan sah berakhir apabila mereka bercerai dengan talak tiga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut laporan mStar, Linda mengakui segala beban yang dipikul sejak sekian lama akhirnya terasa terangkat.

"Sudah setahun lebih kami berperang. Bila pengakhirannya macam ini, saya sangat tenang, rasa bersyukur sangat-sangat," katanya.

Linda sebelum ini memfailkan perceraian pada Januari tahun lalu atas alasan tiada persefahaman, sekali gus menjadikan rumah tangga mereka antara yang sering menjadi perhatian ramai.

Mengulas detik di dalam mahkamah, Linda berkata mereka tidak bersalaman selepas prosiding selesai.

Namun, dia sempat menyampaikan beberapa pesanan kepada bekas suaminya, terutama berkaitan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.

"Kami tidak bersalaman. Cuma saya ada sedikit pesanan buat dia agar sama-sama jadi ibu bapa yang baik dan jaga anak sebaiknya. Saya pun berterima kasih sebab hari ini dia sangat gentleman.

"Sebelum ini ego dia sangat tinggi, dia tak nak lepas. Hari ini dia lafaz sendiri sebab kes kami sudah hampir masuk hakam. Jadi sebelum itu, dia buat keputusan untuk ceraikan saya," ujarnya.

Untuk rekod, pasangan tersebut pernah bercerai pada Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada April tahun yang sama. Bagaimanapun, menurut Linda, mereka sekali lagi berpisah beberapa bulan kemudian sebelum mengambil keputusan untuk kembali bersama.

Hasil perkahwinan, Linda dan Beego dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

Walaupun hubungan sebagai suami isteri telah berakhir, Linda berharap mereka dapat terus memainkan peranan terbaik sebagai ibu dan bapa demi kebahagiaan anak-anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang