'Saya percaya dia mampu jaga dengan baik' - Zahnita Wilson dedah sudah bertunang, buka mulut isu serah 4 anak kepada bekas suami

No Image Caption
A
A
A

SETAHUN menjalani kehidupan secara sendirian, pelakon dan model Zahnita Wilson mengakui  hatinya kini sudah dimiliki.

Dalam sebuah video portal berita tempatan, pelakon Gila-Gila Pengantin Remaja itu mendedahkan  sudah mengikat tali pertunangan selepas beberapa bulan berkenalan.

Enggan mendedahkan indentiti lelaki yang berjaya mencuri hatinya, model popular era 2000-an itu juga mengiyakan bahawa sedang meniti fasa bahagia bersama lelaki berstatus duda itu.

"Saya sedang keluar dengan seseorang yang dah luahkan perasaannya. Ya, saya memang tengah rapat dengan seseorang sekarang," kongsinya.

Dalam pada itu, Zahnita juga menjawab isu penyerahan hak penjagaan empat cahaya matanya kepada bekas suami yang didakwa dilakukan dengan kerelaan hati.

Jelas pemilik perusahaan Humble Pie itu, keputusan itu dibuat kerana dia percaya permata hatinya akan menerima penjagaan yang lebih baik.

No Image Caption

"Saya percaya kepada bekas suami yang dia mampu menjaga anak-anak dengan baik. Percaya kepada Tuhan untuk anak-anak saya.

"Semestinya saya rindukan mereka (anak-anak)," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

Mendedahkan hidup membosankan tanpa anak-anak, Zahnita mendedahkan perusahaan pastrinya masih berjalan.

"Sebulan sekali paling kurang saya akan jumpa mereka kerana mereka duduk jauh di Kuantan. 

"Sebenarnya saya rasa makin bosan. 

"Perniagaan masih berjalan biasa, tapi dari rumah sahaja. Saya sudah berundur daripada kedai roti tu.

"Cuma nak santai-santai sahaja. Tenang.  Bukannya senang nak jaga perniagaan, tambah pula dengan segala drama lain. Jadi sekarang, sekarang memang masa untuk saya menikmati hidup saya," kongsinya.

Terdahulu, bekas suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor membuat pendedahan kepada umum tentang hak penjagaan anak mereka bagi mengelakkan salah faham. 

Mereka yang berkahwin pada 2005 telah berpisah secara rasmi pada Ogos 2025. 

Dua dekad berkongsi hidup, Zahnita dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5.

Sumber: Instagram

 

Penceraian bukan tiket untuk anda menyimpan dendam kepada bekas isteri atau suami sehingga anak-anak jadi mangsa.

Pengacara, Anim Ezati Rizki yang sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan. Namun, jodoh bersama bekas suami, Mohd Fadli Sahudin tidak panjang apabila mereka bercerai awal tahun 2022.

Biarpun sudah berpisah namun beliau dan bekas suami masih berkawan baik demi membesarkan puteri tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia empat tahun.

Anim turut berkongsi pandangan mengenai isu kerumitan yang berlaku pada segelintir pasangan yang bercerai dalam hal penjagaan anak-anak.

#animezatirizki #pengacara #hos #penceraian #ibutunggal #anak #sinarplus #lifestylesinarharian">

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang