'You complete me' - jarang kongsi kisah rumah tangga, hantaran Sufian Suhaimi buat Rania Al Sadat curi perhatian
JARANG berkongsi kisah peribadi di media sosial, namun setiap hantaran istimewa pasangan penyanyi, Sufian Suhaimi bersama isteri tercinta, Rania Al Sadat sering mencuri perhatian ramai.
Terbaharu, pelantun lagu Di Matamu itu meluahkan rasa kasih buat ratu hatinya sempena ulang tahun kelahiran ke-26 Rania menerusi sebuah hantaran penuh bermakna.
Menerusi perkongsian tersebut, Sufian menitipkan doa agar isterinya sentiasa dilindungi serta dikurniakan segala kebaikan dalam kehidupan.
“Moga ALLAH kurniakan segala kebaikan dan lindungimu daripada segala keburukan di dunia ini dan di akhirat sana.
"You complete me. Terima kasih ALLAH," tulis Sufian atau nama penuhnya Muhammad Sufian Mohd Suhaimi itu lagi.

Hantaran berkenaan turut memperlihatkan sisi romantis penyanyi berusia 34 tahun itu sebagai seorang suami yang begitu menghargai insan istimewa dalam hidupnya.
Walaupun jarang memuat naik cerita berkaitan keluarga, pasangan tersebut memilih untuk berkongsi momen tertentu sahaja terutama ketika meraikan detik bermakna seperti sambutan ulang tahun atau kenangan istimewa.
Tidak dinafikan, kecantikan Rania yang sering tampil sederhana turut menjadi perhatian pengikut pasangan ini.
Ramai menyifatkan mereka sebagai antara pasangan selebriti yang sentiasa tampil serasi dan bahagia.
Untuk rekod, Mei lalu menyaksikan detik bermakna buat Sufian dan Rania apabila mereka meraikan ulang tahun perkahwinan pertama selain menerima kehadiran cahaya mata sulung, Sumayya Rose.
Kehadiran puteri kecil itu melengkapkan lagi perjalanan rumah tangga pasangan berkenaan selepas mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Rania selain mendoakan kebahagiaan keluarga kecil mereka.
Ada juga yang berseloroh mengenai hadiah istimewa buat isteri, selain memuji kecantikan Rania serta kebahagiaan yang terpancar daripada pasangan itu.
“Happy birthday sayangku @shhnuffles… semoga panjang umur murah rezeki selalu. Yang nak tambah gelang baru tu,” tulis seorang pengikut secara berseloroh.
“Happy birthday si cantik, semoga panjang umur dan sihat-sihat selalu. Stay pretty as always,” komen seorang lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
