Bukan sekadar wangian, Romano dan Enchanteur Luxe perkenal Elixir de Parfum untuk serlahkan keyakinan diri
WANGIAN bukan sekadar pelengkap penampilan. Bagi sesetengah individu, haruman menjadi sebahagian daripada identiti diri, membangkitkan keyakinan serta meninggalkan memori tersendiri kepada mereka yang berada di sekeliling.
Menyedari perubahan cita rasa pengguna yang semakin mencari pengalaman wangian lebih eksklusif, Romano dan Enchanteur Luxe kini memperkenalkan koleksi terbaharu, Elixir de Parfum.
Koleksi itu menandakan langkah baharu kedua-dua jenama dalam kategori wangian dengan menawarkan haruman yang lebih pekat, sofistikated dan tahan lebih lama, sekali gus memberikan pengalaman berbeza buat pencinta wangian.
Dihasilkan menggunakan ramuan premium berkualiti tinggi serta kepakaran pembuat minyak wangi bertaraf dunia, setiap haruman dalam koleksi ini dirumus dengan teliti bagi menghasilkan aura yang memikat dengan ketahanan sehingga 24 jam.
Lebih daripada sekadar bau yang menyenangkan, setiap semburan direka untuk menjadi simbol keyakinan diri dan gaya peribadi yang tersendiri.
Pengarah Pemasaran dan E-Dagang Romano dan Enchanteur, Saki Goh berkata, haruman mempunyai peranan besar dalam membentuk persepsi serta personaliti seseorang.
“Haruman bukan sekadar melengkapkan penampilan, malah mempunyai keupayaan untuk membangkitkan keyakinan, menyerlahkan personaliti dan mencipta impresi yang berkekalan.
“Menerusi Romano Elixir de Parfum dan Enchanteur Luxe Elixir de Parfum, kami ingin menawarkan pengalaman wangian premium yang membolehkan setiap individu tampil lebih yakin setiap kali melangkah ke mana-mana destinasi,” katanya.

Berani serta sofistikated
Menurut beliau, koleksi berkenaan menggabungkan kepakaran pembuat minyak wangi, ramuan berkualiti serta formulasi berprestasi tinggi bagi menghasilkan haruman yang mewah tanpa perlu mengorbankan nilai mampu milik.
Pelancaran koleksi itu berlangsung menerusi sebuah majlis eksklusif bertemakan hitam dan emas yang melambangkan kemewahan, keanggunan serta prestij.
Mengambil inspirasi daripada permainan catur sebagai simbol kebijaksanaan, strategi dan keyakinan, konsep acara tersebut menggambarkan karakter kedua-dua koleksi wangian yang berani serta sofistikated.
Menurut Ketua Pemasaran Symrise bagi rantau Asia Tenggara, Australia dan Oceania (SEAO) serta Korea Selatan, Maëlys Bancel, pengguna masa kini semakin mengutamakan wangian yang mempunyai kepekatan lebih tinggi dan prestasi lebih baik.
Trend tersebut menunjukkan permintaan terhadap haruman yang bukan sahaja memberikan kesegaran, tetapi mampu bertahan sepanjang hari dan menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden.
Pembuat minyak wangi dari Perancis, Florent Di Marino dari Symrise pula berkongsi setiap koleksi dihasilkan melalui proses kreatif yang teliti bagi mencapai keseimbangan antara kepekatan, keanggunan dan ketahanan.

Bagi golongan lelaki, Romano Elixir de Parfum hadir dengan dua pilihan iaitu Grandiose Intenso dan Invicto.
Sementara itu, Enchanteur Luxe Elixir de Parfum memperkenalkan dua haruman feminin iaitu D'or Intense dan Aurélie.
Di sebalik setiap haruman, aspek keselamatan dan kualiti turut diberi perhatian apabila formulasi koleksi ini melalui penilaian keselamatan serta mematuhi piawaian International Fragrance Association (IFRA).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

