'ALLAH sedang menulis cerita lebih indah.' Syida Melvin anggap perpisahan hadiah hari lahir, permulaan hidup baharu

No Image Caption
A
A
A

"ALHAMDULILLAH, hari ini aku belajar bahawa ada perpisahan yang bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada kehidupan yang baharu."

Demikian luahan pelakon dan usahawan, Syida Melvin, selepas sah bercerai dengan suaminya, Syafiq Shaheen, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor, pada jam 9.25 pagi Rabu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin itu reda dengan ketentuan tersebut dan memilih untuk melihat situasi berkenaan daripada sudut positif.

No Image Caption

"Alhamdulillah, hari ini aku belajar bahawa ada perpisahan yang bukan pengakhiran, tapi permulaan kepada kehidupan yang baru.

"Dengan anak-anak di sisi, aku percaya ALLAH sedang menulis cerita yang lebih indah untuk kami selepas ini.

"Bismillah untuk langkah yang baharu, doakan Cda (Syida) dan anak-anak ya," tulisnya," titipnya.

Syida sebelum itu menzahirkan rasa syukur selepas prodising yang berlangsung pagi ini berjalan lancar dan menyifatkan status perkahwinannya adalah hadiah hari lahir.

Pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin itu juga mengakui sudah lama bersedia untuk menjadi seorang ibu tunggal.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Prosiding hari ini selesai dengan cepat seperti yang dijangkakan dan semuanya berjalan dengan lancar.

"Memandangkan semalam (Selasa) ulang tahun kelahiran saya, jadi perceraian adalah hadiah hari jadi yang tak semua orang akan dapat.

"Saya okay saja, insya-ALLAH. Semuanya bergantung kepada mindset sebenarnya. Saya juga sudah lama bersedia (bergelar ibu tunggal)," kongsinya.

Walaupun sudah berpisah, Syida menegaskan dia dan bekas suami sepakat untuk mengekalkan hubungan baik demi membesarkan tiga cahaya mata mereka.

"Apabila sudah bercerai dan bukan lagi berstatus suami isteri, kita perlu melakukan ‘co-parenting yang baik untuk anak-anak.

"Anak-anak tidak bersalah dan mereka masih memerlukan ibu bapa. Sepanjang lima ke enam bulan kami tidak sebumbung ini pun, anak-anak memang bersama dengan saya jadi okay saja.

"Walaupun anak-anak berada dengan saya di kampung tetapi mereka tetap boleh berjumpa bapa mereka setiap kali ke Kuala Lumpur," tuturnya.

Terdahulu, Syida dan Syafiq berkahwin pada 19 Januari 2019 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Sumber: Instagram, OhBulan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang