The Chicken Rice Shop rai 26 tahun dengan wajah baharu, menu lebih pelbagai
THE Chicken Rice Shop (TCRS) terus mengorak langkah sempena ulang tahunnya yang ke-26 dengan tampil menerusi wajah baharu, pilihan menu yang lebih pelbagai serta rangkaian produk berjenama yang diperluas.
Pembaharuan jenama itu dilaksanakan di seluruh negara, meliputi penampilan terkini maskot TCRS, rekaan seragam kakitangan baharu dan menu bercetak yang dikemas kini.
Bukan itu sahaja, TCRS turut memperkenalkan beberapa hidangan baharu yang mencerminkan perkembangan restoran kasual tempatan berkenaan sebagai sebuah jenama yang menawarkan lebih daripada sekadar nasi ayam.
Antara menu yang diperkenalkan ialah Boneless Crispy Roast Chicken, Strawberry Kunafa Pai Tee, BBQ Chicken Mayo Pai Tee dan Cakoi with Pandan Gula Melaka.
Walaupun Nasi Ayam Hainan kekal sebagai hidangan ikonik dan nadi TCRS, pilihan baharu berkenaan memberi lebih banyak variasi kepada pelanggan untuk menikmati cita rasa yang sudah sinonim dengan jenama tersebut.

Dalam masa sama, TCRS turut memperluaskan rangkaian produk berjenama termasuk Sambal Chilli Crunch keluaran TCRS sendiri, sekali gus membolehkan pelanggan menikmati cita rasa kegemaran mereka di rumah.
Menurut Timbalan Pengurus Besar The Chicken Rice Shop Restaurants Sdn. Bhd., Puan Jane Wong, ulang tahun ke-26 menjadi peringatan terhadap perkembangan yang telah dilalui TCRS, selain membuka ruang untuk jenama itu meneroka lebih banyak perkara baharu.
“Sejak 26 tahun lalu, The Chicken Rice Shop telah menjadi sebahagian daripada pelbagai detik bermakna dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, dan kami amat menghargai sokongan yang terus diberikan kepada kami.
“Pembaharuan ini bukan sekadar menampilkan wajah baharu TCRS, malah turut menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa masih banyak lagi yang boleh diterokai bersama kami, daripada hidangan baharu hinggalah cara baharu untuk menikmati cita rasa kegemaran kami di rumah,” katanya.
Sumbang lebih 7,000 hidangan setiap tahun
Sambutan ulang tahun kali ini turut disusuli dengan komitmen TCRS terhadap masyarakat menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan secara berterusan.
Menerusi inisiatif berkenaan, TCRS menaja lebih 7,000 hidangan setiap tahun kepada rumah anak yatim, pertubuhan kebajikan dan pusat jagaan kanak-kanak di seluruh Malaysia.
Usaha itu mencerminkan kepercayaan TCRS bahawa hidangan yang baik sewajarnya dapat dinikmati oleh setiap komuniti dan bukan terhad kepada pelanggan di restoran sahaja.

Sejak membuka restoran pertama pada tahun 2000, TCRS kini berkembang menjadi antara jenama restoran kasual tempatan yang dikenali ramai, dengan lebih 160 cawangan di seluruh negara.
Bagi memastikan hidangan yang menjadi kegemaran ramai terus mudah dinikmati pada harga berpatutan, TCRS turut memperluaskan rangkaiannya ke pusat beli-belah kejiranan, pasar raya besar serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Langkah itu membolehkan pelanggan mendapatkan hidangan TCRS dengan lebih mudah sama ada ketika berada di kawasan kediaman, membeli-belah mahupun dalam perjalanan.
Kombo Merdeka RM16.90
Sempena sambutan Hari Kebangsaan pula, TCRS melancarkan kempen Merdeka tahunannya yang berlangsung sehingga 20 September 2026.
Menariknya, pelanggan boleh menikmati Kombo Merdeka pada harga RM16.90 yang merangkumi satu hidangan ayam dengan pilihan kukus, panggang atau kicap, nasi ayam, pilihan Keropok Lekor atau Rojak Penang serta minuman ringan bersaiz 12 oz.
Tawaran istimewa itu sekali gus memberi peluang kepada seisi keluarga untuk berkumpul sambil menikmati hidangan tempatan kegemaran pada harga yang berpatutan.

Menurut Jane Wong lagi, sambutan 26 tahun bukan sekadar mengenang perjalanan yang telah dilalui, tetapi turut menjadi titik penting untuk melihat hala tuju dan perkembangan TCRS pada masa hadapan.
“Selepas 26 tahun, kami tetap The Chicken Rice Shop yang sama dan terus mendapat kepercayaan rakyat Malaysia.
“Kami sekadar memperkenalkan cara-cara baharu untuk memberikan yang terbaik kepada mereka, sama ada melalui cita rasa baharu dalam menu kami mahupun menerusi pelbagai usaha kecil untuk membalas sokongan komuniti yang telah bersama kami sepanjang perjalanan ini,” katanya.
Dengan gabungan menu baharu, produk berjenama, tawaran Merdeka dan usaha kemasyarakatan, ulang tahun ke-26 TCRS bukan sahaja meraikan perjalanan sebuah jenama tempatan, tetapi juga hubungan yang telah dibina bersama keluarga Malaysia sejak lebih dua dekad lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
